Aug 17, 2012

Kerana hari ini last day kerja sebelum cuti raya tapi aku......

hamboi kemain semua dah balik kampung.
tinggal berapa kerat je kat opis ni.
mati kutu aku. kak nora geng jenayah pun cuti. sampai hati.
suka letewww cuti awal.
yang kita ni nak buat kerja pun dah tak senang hati.
tapi takpe, acik cool je. eleh setakat karak tu celah gigi je.
bukan jauh pun. kau google map sekarang berapa jam je putrajaya ke karak.
nak berulang pun boleh la. tapi jem la kan.



hikhikhik kemain besor gambar.
takde kerja jadi kita carilah kerja.
kerja ada. tapi sebab ramai bercuti so tak boleh nak buat apa.
kerja kami kan saling berkait.
yelah. aku ni dah tak cukup cuti.
kena save cuti lepas raya sebab banyak plan dalam kepala.
tahun depan adik aku nak kawen.
so cuti tahun ni kena simpan bawa ke tahun depan.
kalau tak, semalam dah aku balik karak. tinggallah kau kat sini sensorang.

malam tadi aku turun pi bawah beli roti bom untuk sahur.
sahurnya pukul 5 tapi beli roti bom mamak pukul 10.
atenye, tak kosser aku nak turun mamak pepagi buta tu.
so pergilah aku.
mamak situ macam biasalah blur memanjang.
kena ulang 3 kali baru faham. grrrr bengang je aku.
ada tu mamak syahdu namanya. sebab muka tu muka syahdu macam tak dapat balik beraya.
tapi mamak mamak situ semua sporting melayan pelanggan.

ok masa order tu, aku letak kunci rumah atas meja.
bila dah bayar semua tu, aku pun balik.
sampai rumah aku tengok kunci takde. ah sudah.
dahlah aku ni penakuitttt.
tapi aku memang dah syak, kunci mesti tinggal kat kedai mamak.
adui. saja je tau nak bakar lemak aku.

pusing semula ke kedai mamak.
jauh tau, bukan dekat ecewah mengadu domba pulak.
mamak syahdu dah pegang kunci aku siap bagi ceramah
"adik, lain kali haa, ini kunci taruk dalam poket juga"

eh hellooooo seluar aku takde poket ok. seluar tidur.
eh sombong pula ye. huhuhu.
lepastu masa nak balik tu lalu belakang kereta.
tetiba aku dengar brader-brader lepak mamak tu jerit reramai oppp opppp.
rupa-rupanya ada kereta nak undur tapi aku ada kat belakang.
ketar lutut aku tau.
geram betul dengan diri sendiri.
fikiran tu melayang je kerjanya.
kena langgar kang, tak pasal-pasal beraya dalam spital.
yelah, dulu ada yang sayang, sering mengingatkan keselamatan diri hahahah poyo apa kena mengena pun tak tau. diri sendiri jaga diri sendirilah. lempang kang.



esok last kita puasa.
terasa sedih pula rasanya.
aku suka bulan puasa.
sebab suasana dia lain.
aku suka bila nak balik putrajaya, aku berbuka dalam perjalanan.
the feeling cannot be described.
seolah-olah kau musafir jalanan, sayu je hati bila terpaksa berbuka sensorang.
hehehe.
aku takut ini ramadhan terakhir aku di putrajaya ni.
sebab next year plan untuk pindah pahang.
tapi still 50/50. takde kata putus lagi. hati masih tak bagi jawapan lagi.

oklah.
bye.

2 comments:

Encik Suami said...

Wah..wah..mentang2 opis kosong.bergambo sakan kat depan cermin besar opis ye.kemain lagik.
eh..gomen kan?gred apa ye?kementerian apa?

Reena Kamarudin said...

encik suami:

sekali sekala nak melaram depan cermin. heheh.

banyaknye soalan.