Aug 16, 2012

Kerana kehangatan raya semakin terasa

raya tinggal lagi beberapa hari.
tapi aku adalah sangat tak bersedia.
entah.
raya tahun ni macam tak beria sangat lah.
tapi kueh raya tetap aku beli untuk ibu.
yelah, aku kan kakak, dah kerja pulak tu.
raya tahun ni aku beli dalam 6 jenis kueh raya.
jadilah. ibu pun beli juga. 
memang selalunya bila raya, kueh raya rumah aku agak meriah. huhu.
tapi tak kesah, sebab memang bebudak makan. bukan stok kueh raya yang bebudak tak makan.

baju raya? setel.
ala bukan baju raya pun. ekceli tu baju untuk pakai ke opis.
tapi tak siap-siap, bila dah dekat raya baru siap. maka, terjadilah baju raya 5 pasang.
kau ada? hahaha.
kurung biasa je.
tudung tak beli lagi.
kasut takde. pakai yang selalu pergi opis je.

well yes. bila dah semakin ke arah remaja purba ni, aku macam, eh takpelah takde baju raya semua tu.
adik-adik lagi penting.
makanan raya lagi penting.
menu wajib kami, mestilah rendang ibu yang sedap tu. eh bukan aku puji ok, tapi semua yang datang makan rendang ibu kata sedap :)
tapi takdelah ibu ada resepi rahsia ke apa.
mungkin di masak dengan penuh kasih sayang. hahaha.
makanan di hari raya memang penting. kena ada bajet lebih.
sebab, rumah aku memang takkan stop yang datang beraya.
kawan-kawan aku, kawan-kawan adik-adik.
tu cara takde arwah abang.
kalau tak, kawan dia lagi ramai.
selalunya, raya kedua, ibu dah kena masak rendang second round.
this year ibu kata nak buat rendang ayam je.
aku macam ala, tak bestnya.
aku lagi suka rendang daging.
ibu kata, takpe, nanti beli lah sesekilo dua daging.

kadang-kadang aku nak beraya pun tak sampai hati.
sebab kesian ibu layan tetamu sensorang.
huhuhu.
tu yang bila di rumah, aku lagi suka pakai tshirt seluar.
pepagi raya je aku jelitas. lepas tu, dah macam bibik kot aku.

memang seronok hari raya.
siapalah yang tak seronok. sebab semua pakai cantik-cantik.
dapat makan sedap-sedap.
jumpa sanak sedara yang jarang jumpa.
bebudak lah paling eksaited kan.
tahun lepas, bebudak yang datang rumah aku dapat homemade coklat selain duit raya.
tahun ni aku tak decide lagi.

kira macam aku nak kan kelainan la kan.
bebudak kan suka bila dapat bungkusan coklat semua tu.
suka je tengok dorag hepy.
duit raya memang ada.
walau tak banyak, janji ada.
kau merungut kata kakak gemuk tu bagi sikit, siap. haha.

eh ada tu sampai 2, 3 kali datang rumah aku.
siap tukar baju bawa geng lain.
ni mesti dia up kan rumah aku ni kata dapat duit raya sekali dengan coklat.
hahaha. pening je aku layan.
abah kata layan je bebudak, kan.
dorang tau, tuan rumah layan baik, so it's okay nak buat second round.
hamboi yela tu. 

aku lagi suka terima tetamu malam hari. tapi kau bajet la pun nak datang raya pukul 12 ke atas.
11 malam consider lagi.
ada sekali kawan syera datang beraya pukul 12 keatas.
memang taklah ibu dan abah nak halau.
nak taknak kena layan la.
tapi kemonlah. please ada common sense sikit.
melampau kot kau nak datang beraya pukul 12 malam.
dah macam langsuir dah jalan memalam.

macam-macamlah cerita hari raya ni.
nak cerita sampai bila pun tak habis.
tapi kenangan paling best mestilah bila ehem ehem datang beraya rumah kita kan.
berdebor je rasa masa tu. yelah, first time dia nak jumpa ibu dan abah.
aku buat air banyak kali aku rasa dah sedap ke airnya sebab takut nanti dia kata, awek aku buat air pun tak pass. huhuhu.

nasib masa dia datang tu, sekali dengan kengkawan aku yang lain *lelaki juga*
so abah macam tak tanya dia banyak sangat.
abah ni kalau korang nak tahu, kawan siapa je la yang datang beraya, kawan aku ke, kawan farah ke, syera ke, memang habis dia inteview. selalunya kawan lelaki lah.
yelah, ayah mana yang tak risau tengok bebudak lelaki sekali serbu rumah dia, penuh satu rumah.
huhuhu.
mesti abah heran, datang manalah bebudak ni kan.

tapi abah kena faham la sebab dia ada anak perempuan.
huhuhu. kami pula takdelah nak mengajak bebudak lelaki datang beraya.
dah tetiba dorang datang, takkan nak kata "eh korang blah lah, nanti abah aku marah"
dah kata raya kan.
hidang makanan, yang lain serahkan pada abah untuk melayan.
huhuhu.

oklah. bye.
*macam tu je??*

No comments: