Aug 15, 2012

Kerana dia dibakar macam dia tu lemang je.

pagi tadi baca Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan, Mstar.
geleng-geleng kepala aku baca.
kerut-kerut dahi.
sebab apa? Ya Allah, banyak cerita pasal wanita dibunuh, remaja di bakar.
contoh macam di bakar tu.
sedihnya baca.
macamanalah dia nak hidup dengan keadaan anggota badan yang terbakar tu


yang si lelaki tu tergamak dia ye membakar si gadis ni macam dia bakar daging beger kekdahnya.
cer kalau aku bakar jari dia. tak ke menggelupur?
ni dari muka ke pusat dia pi bakar gadis cantik ni.

itulah dia ye adik-adik, kakak-kakak.
nak komen lebih takut menyinggung hati keluarga mangsa.
but please la semua.
take extra super duper caution.
kita kaum wanita memang wajib ada rasa takut walaupun kita rasa tempat tu dah selamat.
NOOO. a big no! walaupun dalam rumah sekalipun, kena berhati-hati juga.
sentiasa kunci pagar, kunci pintu bila parent takde di rumah. if dorang ada pun, kunci jugak!
biarlah dikatakan sombong pun oleh jiran sebelah.
and kepada adik-adik, please, jangan keluar dengan boyfren, abang angkat, adik angkat, pakcik angkat pada waktu malam. waktu siang pun tak payah. nak keluar, keluar ramai-ramai bawak ayah sekali.
eh kenapa tidak? kalau boyfren awak tu ikhlas dengan awak, dia tak kisah keluar sekali dengan family awak, kan?
kalau dia tak mau sebab alasannya malu, maknanya dia mengada-ngada.
lagi malu pada Allah. bukan pada family awek.

dulu aku bukan manusia yang pentingkan keselamatan.
aku akan keluar ikot suka hati aku.
tanpa memikirkan apakah itu adalah hari terakhir aku melihat family aku?
oh man. bila diingat, memang aku ada banyak memberi peluang kepada si penjahat untuk melakukan kejahatan kepada aku. yelah, zaman remaja, semua nak ikot kepala sendiri.
tapi bila dah berakal dengan waras ni, aku dah jadi paranoid la pulak.
jalan sendirian di Plaza Pekeliling tu pun dah buat aku sangat cuak.
tak dapat bayangkan luluhnya hati ibu bila dia tau apa-apa jadi kat aku.
konon tunggu kepulangan aku, tapi yang tiba hanya berita menyedihkan. Nauzubillah.

penjahat ada dimana-mana.
mereka sentiasa mencari peluang.
mereka saiko.
mereka takde akal.
jadi kita yang tak saiko ni, yang ada akal ni wajib jaga diri kita.
tiada siapa yang boleh jaga diri kita selain kita sendiri.

jaga diri ya semua.
jangan bagi penjahat sewenang-wenangnya rogol kita *direct je aku cakap*
bakar kita, pukul kita, kerat dan simbah asid.
jaga diri!
sentiasa ditemani walau kemana saja.
ditemani oleh kaum keluarga terapat yang dipercayai.
bukan ditemani oleh orang luar yang terapat.

dan jual mahal la adik-adik.
jangan terlalu murah menerima ajakan lelaki/wanita untuk kemana saja.
ingat mak ayah di kampung/rumah.
apa perasaan mereka bila anak yang dikandung, dijaga, sesenang di bakar dan dibunuh?
betul ajal ada dimana saja, tapi pohon pada Illahi, bukan dengan cara ini kita mati.

dan kepada driver di jalanan.
pandu dengan hati-hati ya.
ingatlah orang tersayang :)



3 comments:

suebee said...

banyak cabaran dalam membesarkan anak2 sekarang ni berbanding masa kita dulu-dulu..

Reena Kamarudin said...

yes betul. budak sekarang semakin advance.

Suara Kalbu said...

Anak remaja zaman skrang, mudah diajak mudah terjebak. Penyakit sosial dari laman sosial yang tak terbendung meskipun dikawal ibu bapa, terlepas jua dek pandangan mata.

Kasihan mangsa dan terlebih lagi kepada keluarga si mangsa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Reena sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Semoga gembira di hari raya ya