Aug 8, 2012

Kerana aku tak mampu :(

entahlah nak mula dari mana luahan hati aku ni
mungkin dari karak atau dari putrajaya. hoho kau buat lawak eh reena?

yelah kita ni manusia biasakan. tak lari dari masalah.
masalah tu memang jahat sentiasa duduk berdamping dengan kita.
tetapi terkadang, masalah orang pun boleh jadi masalah kita.

hmmm.
aku ni perempuan biasa je.
sebatang kara pula tu. eh i mean sebatang kara di putrajaya.
janganlah minta sebatang kara di dunia. tak sanggup lagi.
eh melencong pulak dah dia ni.
maksud aku, apalah yang aku ada, kan?
melainkan harga diri dan maruah wah sangat serius bunyinya.
dah jangan nak poyo.
maksud aku *berapa banyak maksud kau ni*, apalah yang aku terdaya jika ada insan bergantung pada aku.
aku bukan mengeluh cuma, ya Allah kerdilnya aku untuk melalui semua ini.

kemudian aku muhasabah diri.
aku pernah terbaca satu ayat ni tapi aku dah lupa.
lebih kurang gini la.
jika ada seseorang memerlukan pertolongan kita, bantulah dia, kerana sesungguhnya, tuhan telah membisikkan ke hati orang itu akan nama kita yang boleh tolong dia.
maksudnya, kalau tak dapat tolong seperti yang diminta at least, tolong dengar, tolong simpati dan tolong ceriakan hidup dia. itu sudah memadai.
cuba fikir, reena. dalam banyak manusia di sekeliling dia, adik-adik dia, mak ayah dia, kawan-kawan dia,
kenapa kau yang dia minta tolong?
sebab mungkin ada sesuatu pada kau yang takde pada orang lain.
*monolog dalaman*

tuhan.......
apa perlu ku buat.
aku tak berdaya. aku tak mampu.
tapi dia keep asking me, keep pushing me to help.
aku cuma insan kerdil.
aku tak berdaya.



5 comments:

aNiss :):) said...

mungkin dia percayakan sis :) dengar laa masalah dia. walaupun tak dpt membantu, tp sekurangnya dapat menenangkan dia :)

Reena Kamarudin said...

:) mungkin lah. thanks ;)

Suara Kalbu said...

Tidak ada istilah tidak membantu dalam situasi ini pada akak.

Kalaupun Reena tidak dapat membantu dari segi material dan apa juga bantuan fizikal yang lain tapi at least Reena sudah membantu dari segi moral iaitu menjadi pendengar setia pada masalah dia.

Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan hikmah disebalik. Jangan menyalahkan diri sendiri yaa

-sheyr- said...

hihi..ada sebab dia mntk tlg dekat awk..mungkin dia percaya awk bleh tlg dia? apa2pon be strong..kalau rasa xle tlg..luahkan je..supaya dia tahu.. hehe tetiba kan.. ^_^

SURIA AMANDA said...

MAYBE DIA CUMA PERLUKAN TEMPAT UTK BERCERITA..KALAU KAMU X MAMPU NAK TOLONG..BANTULAH UTK MELEGAKAN HATI DIA..JADI LE PENDENGAR YANG SETIA..AT LEAST DIA DAH KURANG BEBAN DIHATI WALAU TIDAK SELESAIKAN MASALAH SEPENUHNYA..