Jul 25, 2012

Kerana resepi "ayam goreng berlada di lamun rindu" namanya.

hmmm.
bulan puasa ni aku kurang bercakap kot.
aku kan suka merapu dengan kak nora.
tapi bila puasa ni macam nak simpan tenaga je. hikhikhik.


suka lah tengok resepi sekarang.
sebab apa yang aku nak, aku akan buat.
macam daging dendeng tu, lepas tu tempe bacem.
hari ni macam teringin nak cari resepi ayam berlada.
well ekceli simple je kan? tapi yelah, aku kan hmmm macam payah sikit nak sedap kalau masak.
huhuhuhu.
tapi haruslah aku masak bila aku di karak.
dah di karak je yang ada tukang makan.
dah tu ada bahan.
kat sini? hmmm garam pun ada secoet je lagi.


eh tapi kan, ada dua masakan yang abah dan ibu suka aku masak.
bila nak masak dua menda ni, mesti kena aku yang masak.
katanya sedap.
iaitu sardin.
dan megi.
hehehe.
ya sila percaya. dorang kata aku masak sardin sedap.
sampai tak cukup.
lepas tu megi.
la apa yang payah sangat nak masak megi.
tapi haaaa, aku ada rahsianya.
nak tau?
rahsiaaaa.


so ni resepi ayam goreng berlada.


bahan-bahan

ayam *ikotlah berapa ketul pun*  (digoreng garing)
1 biji bawang besar  (kisar)
4 biji bawang putih  (kisar)
1 batang serai *suka hati kalau rajin nak ke belakang dapur kerat serai which is part paling aku menyampah sekali sebab miang kot bila kena daun dia, so masukkan sekali serai*  (kisar)
cili kering yang direbus (kisar)

asam keping *ikot rasa*
sedikit gula
sedikit garam
1 biji bawang besar dihiris besar.

cara-cara memasak

panaskan kuali letak minyak dalam kuantiti yang banyak sebab nak masak cilinya. masukkan bahan-bahan yang dah dikisar tadi. api kena kecik. masukkan gula, garam dan asam keping. then tumis lelama sampai terbit minyak. sampai warna jadi gelap.

then masukkan ayam tadi dan gaul sehingga rata.

taraaaaa siap.
adik-adik aku suka lah ni kalau ayam berlada ni.
memang top list ni kalau kat rumah.
nanti buka puasa minggu ni aku nak masak.


ohya resepi ni aku ambil kat blog KAK FILLA ni.
nampak macam simple dan menarik :)

No comments: