Jul 17, 2012

Kerana Ramadhan datang lagi.

ramadhan datang lagi.
for sure, semua umat Islam tak sabar nak tunggu bulan puasa kan?
sebab selain bulan untuk berehat dari segala segi, ianya bulan yang sangat istimewa.
ok tak mau cerita pasal fadilat Ramadhan semua tu. i bet, uoll semua mesti dah tau kan.


perasan tak, bila bulan Ramadhan tu, suasana dia lain?
aku suka. suka sangat suasana tu.


1. suasana sahur. my God, memang dinanti-nantikan. dulu masa sekolah, memang bercinta nak bangun sahur sebab berkira 30 minit tidur tu. nanti bila bangun sahur, mesti masa 30 minit tu terbuang. lepas tu mesti rasa rugi tak dapat tidur lama-lama. hahaha. tapi bila dah dewasa ni, masa sahur la masa yang aku nantikan. kalau kat karak, ada masanya, aku yang sediakan sahur untuk family. ada masanya lah. kalau tak ada masanya, ibu je lah. hehehe. kat karak wajib makan nasi bila sahur. tapi kat sini sobs sobs sobs ikot mana sempat je.


2. tak payah masak tengahari. yeehaaa. aku paling suka. sebab tak payah masak nasi, tak payah tolong ibu masak boleh relaks tengok tv saja.


3. selalunya bila dah masuk pukul 5, aku dan adik-adik mulalah kecoh ajak abah pergi bazar. merata bazar kami jelajah. bukan setakat bazar di karak je. seronok tengok gelagat orang. lepas tu seronok tengok aneka juadah. abah dah pesan, beli jangan membazir. menu wajib aku- kuih tepung pelita, tempe *wajib ada tempe*.


4. suasana terawikh. dulu rajin sangat pergi terawikh. tapi bila kat putrajaya ni hmmmm. itulah. nak cuba juga terawikh kat sini.


5. lepas tu suasana jadi lain. semua orang jadi baik. hahah. padahal, setiap masa kena jadi baik. tapi bila bulan ramadhan je, eh, tak baik ngumpat, nanti batal puasa, eh, kena pakai tudung nanti takde makna puasa dapat lapar je. habis tu bulan-bulan lain takpelah buat jahat? kesian bulan lain tahu.


6. Jejak Rasul. ala, jejak rasul sekarang dah tak best. tak macam dulu-dulu yang jejak tempat-tempat para nabi, makam nabi semua tu. terasa kita pula yang pergi.


7. eksaited tunggu maghrib. hahaha. hari hari lain takdelah eksaited nak tunggu maghrib. tiba bulan puasa, eh ter eksaited pulak. 


8. aku kurang bercakap. eh? sebab nak simpan tenaga. hahaha. eh ke sama je? 


9. Astro tayangkan cerita Geng Surau. hahaha. cerita favret seisi keluarga. 


10. penimbang berat badan jadi kawan baik sebab akan rasa bulan puasa mesti lemak mencair sikit ni. kalau tak mencair pun, mesti lemak ketepi perut sikit kan? mintak-mintaklah lemak bagi kerjasama. dan juga anak tekak. 


selamat berpuasa korang.
puasa segala segi tau. InsyaAllah :)


jangan buka peti ais waktu siang tau.
kalau nak ambik udara sejuk takpe. tapi jangan ambik air sejuk tau. eh macam selalu buat je.
perempuan kan, mestilah.


bye.

3 comments:

cha said...

selamat berpuasa u :)

Cik Rai @SeriGala said...

salam ramadhan

SURIA AMANDA said...

Selamat menyambut ramadhan Almubarak..