Jul 10, 2012

Kerana 30 tahun akan datang.....



pernah tak terfikir 20/30 years from now, kita semua dimana?
kalau aku, aku di itali goyang kaki atas kerusi minum kopi.
malam naik gondola dengan abang sayang.
kahkahkah. taknak kalah.
padahal kerja gomen sah-sah pencen kalau sihat 60. tapi aku rasa 50 aku dah nak pencen dah.
tak kuasa lah nak datang opis lagi after 51.
duduk rumah jaga cucu hahahahah main fesbuk main twitter itupun kalau wujud lagilah.
entah-entah dalam kubur, ajal menjemput awal.


but if panjang umur, Alhamdulillah.
dan jika nyawa masih dipinjamkan Allah kepada aku, aku terfikir dimana aku, apa aku buat, macamana rupa aku *yang mana aku taknak bayangkan*, ada ke orang disisi aku bila dah tua nanti dan macam-macamlah.


dan ya.
segala kenangan di waktu muda sihat walafiat ini akan dikenang sehingga hujung nyawa.
sehingga ingatan masih kuat.
dan kalau dah lupa-lupa manja tu, harap blog ni membantu.
eh entah-entah dah lupa password. hehehe.
takpe, makan kismis bebanyak takpun minum susu eh ada kaitan ke?


selalu ok bila dengan adik-adik aku duduk berbual lepas tu timbul isu


"bila dah tua nanti mesti kelakar kan bila cucu panggil kita Nenek Reena, Nenek Farah, Nenek Syera"


lepas tu sibuk nak ubah nama jadi macam nama orang tua sikit.
eh helloooo, orang tua zaman moden okay, pakai nama Reena.
yelah, kita kan dah biasa dengar nama orang tua dolu-dolu semuanya memang melambangkan dia orang tua. Nenek We, Nenek Tat dan apa lagi lah nama nenek-nenek di kampung.


sebab ianya mengikut zaman.
entah-entah nama Reena 30 tahun lagi dah jadi nama tak glamer *eh sekarang glamer ke masalahnya?*
nanti nama anak-anak semua macam futuristik.
Sardinia Gardeniamiya binti Abu.
Nikeian Adidasryan bin Kassim.
ewah. ada ke masalahnya? hehehe.


eh melalut pula cerita pasal nama anak.


bila dengan adik-adik selalunya imajinasi mengalahkan Harry Pot-errrrr.
selalu fikir nanti Karak mesti sangat maju.
mesti rindu dengan karak sekarang bila 30 tahun akan datang.
mesti nak cari tempat dating dengan ehem ehem dulu.
mesti nak cari eh mamak hamza dah takde eh dekat mana sekarang eh?
mesti nak cari mana pasarayaku pasarayamu.
lepas tu, kena ukir nama dekat pokok supaya nama diabadikan padahal pokok tu nanti akan ditebang bila nak buat pembangunan T____T
tinggi sungguh imajinasi.


masa depan kita memang tak boleh nak nampak.
tapi kita boleh berangankan, kan? lalalala.


bye sayangs.

2 comments:

Unknown said...

X nak ubah karak tuh.bior mcm tuh jerk.abis memori daun pisang ahkak nnt..haaaha

Reena Kamarudin said...

hahaha. samalah kak. banyak kenangan di karak