Jul 9, 2012

Kerana aku mengantuk. kau mengantuk tak? mestilah tak, kan? aku je yang mengantuk.

aku malas.
malas nak layan.
layan perasaan.
perasaan yang membencikan.
membencikan hatiku.
hatiku sakit.
sakit dengan semua ini.
ini tidak sepatutnya terjadi.


ewah. kemain bermadah pujangga.
jangan ambil serius pula apa aku tulis tu. takde makna apa-apa saja suka sambung-sambung ayat.
nanti adalah tu yang buat spekulasi reena meroyan *walaupun ada sikit* wahahaha *gelak meroyan*


sebenarnya kan, aku mengantuk. sebab tidur pukul 4 pagi sebab tak boleh tidur :(
tapi aku pandailah kaver. cuma bila dengan sorang bos ni aku tak boleh kaver sebab nape entah.
dia ni pandai tilik orang kot.
datang dekat aku dan kata "balik ni, tidur"
eh eh mana dia tau aku mengantuk ni? mata aku bukan merah pun.


nak tau cara hilangkan mengantuk?


1. pergi ke tempat bercahaya.


pergilah ke tingkap yang boleh nampak cahaya dan sinaran mentari menyinari *sambil menyanyi*. kalau opis aku ni, memang takdelah sinaran matahari yang boleh masuk unless aku ke bilik potostat. ha, kat situ memang ada cahaya matahari. terasa segar je bijik mata tau bila kena cahaya.


2. basuh muka.


ni memang common thing la kan. semua orang tau, kalau mengantuk, pergi basuh muka, basuh rambut, buka tudung, urut sikit leher dan mata, taraaaa jadi segar semula. ini aku selalu buat.


3. wangi-wangian.


aku paling suka haruman lavender takpun lemon. memang stim lah kalau bau. trylah, memang akan segar.


4. dengar radio/lagu/muzik.


eh bukan sama ke? lantaklah. huhuhu. sebenarnya, muzik boleh dijadikan terapi minda tau. tapi janganlah dengar muzik Helloween yang bingit tu. memang kau pun akan meroyan otak sesak. cuba dengar muzik ketuhanan ke, keamanan ke dan ke apa lagi ke lah. 


5. senaman ringan.


contoh, kau bangun dan goyangkan pinggang untuk meregangkan otot. buatlah senyap-senyap tau. nanti maluuuuuuuuuuu kawan nampak. heheheh.


inilah antara terapi untuk hilangkan mengantuk.
kalau 5 perkara ni tak jalan juga, sudah tiba masanya korang ambil jalan mudah yang sangat mudah iaitu
hantuk kepala ke dinding.
gerenti hilang mengantuk dan hilang ingatan.


oklah. nak buat kerja. 


bye sayangs.

5 comments:

Sue Bee said...

Cik mengantuk banget yer??meh minum kopi kat blog sue..secawan jer cukup..

eMMe said...

pelik la, reena mengantuk, nape saya segar ni.. dah la tadi lunch gulai lomak ikan campur binjai, hahaha~

maybe sebab bos tade kot, hahaha~

Reena Kamarudin said...

sue bee :

hehehe. ok sekarang jugak saya pergi ambil kopi tu. hehehe

Reena Kamarudin said...

emme :

hehehehe. jap nak tanya, binjai tu apa? heheh

si kiut lavender said...

cara lain nak bagi hilang mengantuk dengan tidur sejenak...
nanti hilanglah mengantuk tuh..ihiks...^^,