Jul 23, 2012

Kerana udang yang jahat, puasa di karak sangat best dan semuanyalah!

Jumaat lepas ada cheramah *manjakan bunyi che tu tau* agama pasal menyambut bulan ramadhan.
tugas aku jaga kaunter pendaftaran.
yelah, asal kaunter je muka aku.


bukan nak cerita pasal semua tu tapi nak cerita pasal tragedi yang berlaku pada aku on that day.
ceramah tu ada makan-makan tau. makanannya adalah nasi berlauk.
so masa nak ambil nasi tu, aku tengok yang berkuah cuma udang masa lemak.
so  aku ambil sikit je kot kuahnya. sikit sangat tau.
aku adalah alergik udang. so aku bajet, aku tak ambil udang so takpelah kot. ambil kuah je pun.


so masa dah 3, 4 suap tu, terus muka aku jadi panas.
tekak gatal, mata berair.
terus pergi toilet. aku tengok muka aku dah merah.
aku kata kat kak nora, aku nak balik opis. 
on the way nak ke opis tu, merembes airmata aku keluar.
bukan aku menangis tau tapi airmata tu mengada nak keluar.
sampai je opis terus makan ubat.
then tengok cermin oh my god dah bengkak mata muka semua bengkak.
sekali pakej sesak nafas sebab batuk dan bersin.


kemas beg untuk balik dan klinik.
aku tak kira, apa nak jadi, jadilah.
yang aku tahu, aku nak balik rumah.
nasib jumaat tu rehat panjang.
klinik tutup kot waktu rehat.
so balik rumah dulu.
mandi semua. terasa segar.
buat air cuka epal tu, minum then baring-baring.
mesej kak nora kata aku balik rumah. kalau dah ok, aku masuk opis.
elok-elok pukul 2.30 aku bangun tengok bengkak dah susut.
bengkak tang mata yang ada lagi macam kena gigit ulat.
kau kena ulat bulu kan, hah macam tu la bengkaknya, all over my face, leher semua.
memang cibs la udang ni. eh termaki pula di bulan puasa.


sampai opis dalam pukul 2.45 kena ceramah dengan kak nora.
hehehehe. baiklah. aku yang degil kan. tapi manalah aku tau kuah dia bisa.
selama ni ambik kuah sambal udang tu ok je.
memanglah gatal tapi taklah seteruk hari tu.
dah merasa aku balik karak dengan rasa yang stim lalok dan kepala layan.
sebab ubat alergik tu adalah mengantuk ok.
lagi pulak aku makan dua biji.
ha amekkaw. terasa melayang je badan.


sabtu tu bangun sahur oklah kan. sebab dah tua-tua ni kalau liat lagi nak bangun aku tak taulah kan kau bangsa apa.
yang aku kagum tu adik aku, si farah dah ambil tender masak sahur sepanjang ramadhan.
kagum sangat. terasa macam wahhhhhhh kau dapat hidayah eh?
yelah, ibu kan tak sihat hari tu kaki dia salah urat, so memang tak boleh bergerak sangat.
memang kejam la kan kalau kau nak biar ibu buat kerja.
so aku sangat kagum dengan farah. 


siang pula, aku, farah dan ibu pergi beli bahan untuk masak. 
satu karak cari tempe tapi takde. habis. last-last jumpa juga.
aku kan nak masak tempe bacem. guess what??? tak menjadi sangat.
tapi sebab aku je yang makan tempe dalam rumah tu, maka orang lain tak tahu sedap ke tak. hahaha.
lepas beli bahan tu dalam pukul 2 panas terik tu kami bertiga beranak ke kubur untuk bersihkan kubur arwah abang. kau bayangkan panas terik tu. tapi kami tak peduli. janji tak duduk rumah. 
huhuhu.


singgah rumah makteh dulu.
so makteh suruh ambilkan daun pisang sebab nak buat lepat


farah.
aku memang tak lah nak pergi masuk semak semua tu kan.
so aku suruh farah ambilkan.
dia adik yang mendengar kata tau.
tugas aku kutip daun pisang tu je. sekali getah kena muka farah. huhuhu.
kesian. dahlah member tu nak kawen tak lama lagi. kang cacat kang semua salahkan aku.


masa di kubur macam biasalah, ibu akan bagitau abang yang kami datang.
bercakap dengan abang macam dia dengar kan. eh dia dengar ke eh?
sebab aku pun ada juga bercakap dengan dia. aku harap dia dengar dan semoga dia tau, kami SANGAT rindukan dia. dan semoga dia tau, aku cuba jadi anak sulung yang terbaik.


Tanah Perkuburan Kampung Teroh.
aku suka kubur. serius. tapi waktu siang la kan.
sebab bila aku ada masalah, sedih ke, aku suka datang sini borak dengan abang aku.
ok, saiko kan aku T___T
sunyi je, rasa tenang. 
tapi dah lama dah aku tak buat kerja melepak di kubur.
sebab macam takde masa nak datang.
ni pun sebab ibu yang nak datang.


kubur ni bila raya kedua meriahlah. sebab time tu masa untuk melawat.
memang tradisi kampung aku macam tu.
lepas doa semua, bebudak akan dapat duit raya hasil sumbangan orang kampung.
dulu masa kecik aku selalu dapat.
tapi bila dah besar ni aku dah tak pergi.
selalu aku bawa ibu pergi raya pertama.
takde orang dan sunyi.
masa tu syahdu je rasa.
kalau raya kedua ramai jumpa sedara mara. dah takde feel nak bersyahdu bagai.
boleh pulak gelak-gelak kat kubur. me dont like that way.
nak gelak bergurau senda kat rumah.
kat kubur kau sedekah alfatihah banyak-banyak.


dah pukul 3 start masak.
aku berduet dengan farah memasak.
aku masak tempe bacem, sambal kepah dan kacang botol.
farah masak ayam berkicap, bayam.
simple je menu berbuka. sebab abah dah pesan taknak bazir.
dulu puas membazir kot. sedih je bila ingat.
kuih pun beli sikit je itupun TAK HABIS.
see.
nafsu tu kuat sebelum berbuka.
bila dah berbuka memang tak la kan.

malam aku sefamily pergi tarawikh.
ramai penduduk kampung datang tarawikh.
penuh surau. seronok tengok.



semalam ibu masak gulai asam pedas ikan pari.
walaweh memang sedaplah kan.
terus tapau bawa balik putrajaya.
ibu masak apa pun sedapppppppppppp ;)

eh dah panjang kan.
nah layan gambar buah hati aku, Mieya Ezzara.









2 comments:

faizal mohd said...

chomel anak buah ko. nak cubits sket. hehe

Reena Kamarudin said...

tengok makcik dia lah. kehkehkeh