Jul 19, 2012

Kerana Tempe Bacem oh sangat sedap dan resepinya.

sesiapa yang baca blog ni and previous entries tau la kan yang aku suka tempe.
suka sangat. sangat sangat sangat suka.
aku boleh makan tempe macam makan kacang. tapi yang dah digorenglah.


aku mula suka tempe masa belajar di matrik.
try then terus wahhhh *bunga-bunga mekar di sekeliling* sedapnya.
kenapa tidak dari kecil aku suka tempe. kalau tak, mesti aku genius tahap dewa.
hikhikhik. semua salah ibu.


and last month kalau tak silap, my boss yang cantik lagi menawan lagi cute lagi kecil molek, Cik Farah
telah belanja aku and anak-anak buahnya makan luar iaitu di Bumbu Desa di Alamanda. *aku puji sebab dia dah belanja. kalau tak, memang taklah aku nak puji. hehehe. ok pujian tu ikhlas*
so kak nora dah bagitau kat cik farah yang aku suka tempe.
so cik farah bagi penghormatan ewah hebat la konon pada aku untuk pilih menu tempe apa yang aku suka.
then setelah diselidiki menu tersebut, maka aku memilih Tempe Bacem.


walaupun ya, aku ragu-ragu adakah sedap tempe bacem tersebut sebab namanya macam tak senonoh macam bunyi bacin saja. kahhhh.
tapi bila orang belanja, kita jangan banyak songeh.
so Tempe Bacem it is.


berdebar-debar dadaku menanti tempe itu seperti menanti kekasih hati datang bertemu.
then taraaaa Tempe Bacem pun sampai.
sekali rasa terus aku jatuh cinta dengan dia.
oh tempe, kenapa kau sangat sedap?
then cik farah dah warning suruh aku habiskan. 
eh tak jadi masalah. aku kalau suka, aku memang kasi habis. kedekut pun ada nak kongsi dengan orang lain.


so yes. bulan puasa ni teringin sangat nak masak tempe bacem.
sebab tak tau lah kat bazar ada ke tak.
tapi dari beli baik buat kan?
at least puas hati kalau tak sedap.
entahlah, lately asyik ingat tempe bacem tempe bacem.
macam seolah-olah tempe bacem itu memanggilku memakan ia.
hehehe. kena cari mamat indon ni. hahaha. tapi bukan mamat indon yang kerja buruh tu.
cari yang ok la kan. nanti hari-hari boleh makan tempe bacem. eh merepek pulak.
harap takde mamat indon yang baca blog aku.


so gugel resepi.
tapi haiyoo dalam loghat indon. aku enggak ngerti.
so aku gugel page from malaysia.
dapatlah yang senang untuk difahami.


Resepi :


1) Tempe (ni ikot banyak mana tempe kau nak masak)
2) 4 ulas bawang besar **
3) 2 ulas bawang putih **
4) 1 sudu kecil ketumbar biji **
5) garam **
6) gula merah
7) kicap manis
8) air kelapa tua (pakai air biasa pun boleh)
9) lengkuas dihiris comel
10) air asam jawa


:: bahan yang bertanda ** ditumbuk halus tau. masa tumbuk bahan tu bolehlah bayangkan kau tumbuk orang yang kau bengang.


cara :


panaskan air/air kelapa. then bila dah mendidih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. masuk juga gula merah, lengkuas, air asam jawa dan kicap. then, masukkan tempe yang kau hiris tebal. rebus semua tu sekali hingga air kering. angkat toskan dan goreng pulak tempe tu. lepas tu taraaaa dah boleh makan.


senang je kan?
bahan dia pun senang je.
aku berikrar, buka puasa nanti aku nak buat.




pic gugel.
oh sangat terliur. nak menitis airmata tengok pic je.
oklah. nak tadah air mata dan airliur kejap.

4 comments:

Unknown said...

cm sedap jerk.. akk tau wat tempe goreng, smbl goreng jawa jer... takat utk sendir lps ar....hehhe.. smoga b'jaya m'masak bln pose ni ye....

cha said...

i pn hantu tempe mkn yg blum goreng pn boleh huhu

cha said...

i pn hantu tempe mkn yg blum goreng pn boleh huhu

ismawinda said...

resepi dah ada...apalagi jangan lupa buat okeyy