Jun 6, 2012

Kerana sayasukapink-lah sudah setahun!


happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday, happy birthday.
happy birthday to you.


hahaha.
gila saiko minah ni menyanyi lagu birthday pepagi buta.
sebenarnya hari ini genap 1 tahun blog sayasukapink-lah.
phewww baru setahun jagung kan?
muda sangat lagi.
kalau baby ni, baru nak bertatih tatih.

Kenapa nama url blog sayasukapink-lah?

sebab aku suka pink lah! masa aku nak create blog ni, aku tak fikir panjang pun. aku kan tak suka memikir sangat. suka spontan. tiba-tiba papppp keluar ayat ni. in fact, aku dah memang sinonim dengan warna pink. kengkawan yang kenal rapat dengan aku tahulah kot aku suka pink.

Kau fikir blog kau ni glamer tak?

jujur la eh, aku bukan nak glamer. aku menaip sebab aku suka. aku suka merapu. suka merepek bercerita pasal life aku, which is tak semua yang aku expose dalam ni. aku tak kisah pun ada yang baca ke tak. tak kisah. tak kisah kau nak follow ke tak. aku bukan ketua pun untuk ada pengikut. apa yang aku coretkan dalam ni adalah aku. tak hipokrit. so aku tak rasa blog aku glamer. 

Apakah kegembiraan kau dalam blogging?

semua blogger pun akan gembira bila setiap coretan lemak berkrimnya disukai ramai. samalah macam aku. aku gembira bila ada yang chat dengan aku kata suka dengan entri aku sebab ayat aku manja-manja poyo. ada eh ayat manja-manja poyo? aku macam, thanks sebab membaca walaupun yes, sebenarnya ini blog merepek. dan aku gembira bila kawan-kawan ofis baca blog aku then bila jumpa aku mesti kata "sayasukapink-lah" *sebenarnya malu sebab mereka tahu life aku serba sedikit dan tahu perasaan aku pada hari-hari tersebut*. but that's the price that i have to pay bila ada blog. sedikit sebanyak kehidupan simple aku ni akan ter-expose. wah ayat.

suka tulis tentang apa? *aku suka guna tulis instead of taip*

aku suka tulis macam-macam. hahaha. perasaan aku, kejadian seharian aku, perkara yang berlaku disekeliling aku, apa yang aku buat etc. ada jugak aku share yang berilmu sikit. sikit jelah. selebihnya hal-hal yang simple je.

Kenapa berblog?

aku sebenarnya manusia yang suka bercerita. suka berborak. walaupun sebenarnya aku pendiam. nampak je aku macam kecoh kan tapi sebenarnya aku adalah susah nak buka mulut. hehehe. tapi, aku suka bercerita pasal apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku. kalau setahun yang lepas sebelum ada blog, aku boleh cerita apa saja dengan seseorang. tapi bila aku dah takde dia, aku jadi sunyi. nak cerita kat siapa pun tak tahu. huhuhu. boleh je nak cerita kat kengkawan tapi kengkawan pun ada cerita yang nak diceritakan. so siapa yang nak dengar siapa ni? hahaha. so medium yang boleh bagi aku merapu satu hala adalah blog. 

aku akan terus blogging selagi aku ada minat. nanti kalau dah takde minat, aku stop lah. aku ni bukan betul sangat pun. mudah jemu.

terima kasih korang sebab sudi singgah blog aku. sudi baca repekkan aku ni dan gigih bacanya sampai habis.
walaupun secoet je yang baca tapi yeah, aku happy.
*peluk korang ketat-ketat. tak bernafas? sorry. hehehe*

8 comments:

cha said...

happy 1 year to your blog hehe

Reena Kamarudin said...

cha;

thank you :)

Suara Kalbu said...

Tahniah, dah setahun ye. Keep writing ok. Tak kisahlah orang suka ke, tak glamer ke, yg penting kita menulis tentang apa yang kita suka

Reena Kamarudin said...

suara kalbu :

thanks akak. hoyeah!!! keep on writing :)

Unknown said...

one year???!! dah macam blogger otai... tahniah.. and happy birthday kepada blog.. :)

Ni Sha said...

waaaa . setahun daaaa :) happy birthday too your site :)

Reena Kamarudin said...

ella n alia:

hahaha. baru setahun kot. thanx.

Reena Kamarudin said...

sam's daughter:

hehehehe. thanks dear