Jun 18, 2012

Kerana Karak bukan ada hantu pun. KRU menipu sangat.

aku memang duduk kampung.
siapa yang duduk karak tu tau lah kan karak tu apa je yang ada betul tak?
walaupun aku tak lahir dan tak dibesarkan di karak, tapi sebab aku duduk karak dan abah orang karak, maka karak lah aku kan. eh macam kelaka pula sebut karak banyak kali.
tapi ianya tetap syurga buat aku.
tapi nak kata aku ni menjalani hidup sebagai budak kampung tu taklah juga.
takdenye aku duk berkubang dalam paya ke hutan ke apa ke.
masa kecik tu pernah lah.
duduk kampung tapi tak main semua tu memang tak feel la kan.
masa kecik aku bukan ada kawan perempuan sangat.


kat karak ada bukit nama dia Bukit Dinding.
jangan ditanya kenapa namanya dinding kenapa tak pintu ke tingkap ke.
tak. aku tak tahu. 
bukit ni landmark untuk tempat tinggal aku.
kalau sesiapa duduk Kampung Teroh *kampung abah* dan Taman Makmur Jaya *perumahan aku*
mesti dikelilingi oleh bukit ni.




itu bukitnya.
tapi itu salah satu bukit.
ada banyak lagi bukit bersambung sambung.
macam huruf "m" tapi bersambung-sambung.
yang aku mark tu sebab aku nak cerita aku dan adik aku 3,4 kali juga daki bukit tu.
masa tahun 2008.
masa tu gigih weh.
nak joging malas.
maka panjat bukit jelah.
tinggi sebenarnya.
dan laluan dia besar untuk traktor lalu.
sebab bukit tu ada kelapa sawit.


ambil masa 30 min juga untuk sampai ke puncak.
dah sampai, nampak satu karak.
memang cantik.
nanti aku bawa korang daki sini eh.


kitorang dulu siap daki beramai-ramai dengan bebudak satu taman aku ni.
sambil daki sambil menyanyi.
peluh meleleh leleh keluar.
seronok.
lepas tu aku dah tak daki sebab Roy kata 
"kamu tau tak, ular selalunya banyak kat pokok kelapa sawit"


terus aku rasa ngeri. eiii masa daki tu langsung tak fikir.
bila dia kata gitu terus aku ngeri.
manalah aku tau kan. yang aku tau nak seronok je.


lepas tu kalau korang datang karak, aku bawa korang pi mandi air terjun yang best.
air terjun ni tak ramai yang tau.
family aku je yang selalu datang sini.
dulu aku, Roy dan adik-adik asal petang je hilang.
pergi mana? pergi berendam macam badak lah kan.
sekarang aku dan family pula. siap bawa bekal sekali.
lepas tu abah bawa jala ikan untuk menjala.
abah tu kan, pantang nampak sungai, asyik ingat ikan je.
lepas tu sebelum nak sampai sungai kan, kena lalu perkampungan orang asli.
bila lalu je aku mesti lambai-lambai tangan kat dorang. bajet artis sangat.


pic ni aku gugel je. ambil kat sini
cantik kan?
best oh. tak nyesal korang pergi.
tapi jangan lupa ajak aku.
aku kan suka mandi sungai :)


apa lagi eh yang best.
ha, ada lagi. air terjun juga.
aku ni zaman remaja suka explore.
nak kata nakal tu nakal la kot.
masa tu aku ada skuter ego.
aku dan adik aku, farah, semuanya menjadi berdua.
masa tu kami geng dengan bebudak kolej.
pergi mandi kat satu air terjun ni.
tapi jauh ke dalam. kena redah kebun getah semua.
tapi tempat dia memang cantik tau.
yang ni aku takkan bawa korang lah.
sebab jauh.
zaman nakal hati kental kan.
sekarang dah tak nakal, so dah tak kental dah. huhuhu.


karak tu kecik je.
tapi banyak kampung.
banyak perumahan.
sedang pesat membangun.
karak juga ada banyak site terowong ala, yang salurkan air untuk negeri selangor tu.
so orang selangor, sila berterima kasih pada karak. heheh.
aku pernah tengok site tu.
gilalah dia punya terowong lori pun lepas. huhuhu.
hebat lah. macamana lah dorang letupkan bukit untuk buat terowong tu kan.
macamana aku dapat tengok?
kan aku kata aku ni suka explore :)
ada je menda yang aku nak tahu.
ecewah. padahal tunang adik aku yang bawakan.
tapi setakat tengok dari jauh je.
mana boleh pi dekat-dekat.


tapi karak ada satu lagi keistimewaan.
memang tempat lain takde.
karak je ada.
limited edition.
nak tahu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




kahkahkah.
marah tak? marah tak?
eleh nak manja-manja pun tak boleh.


okbye

2 comments:

Ni Sha said...

Ya Allah , best nyaa air terjun ! Anys suka sgt air terjun , tapi takde sape nak bawak :(

Reena Kamarudin said...

best kan? nanti kita pergi sesama kay. berendam sampai kecut satu badan. hahaha