Jun 26, 2012

Kerana aku bini pertama. kau bini kedua. jangan rampas hak aku.

ecewah tajuk. macam nak kena tendang ke longkang je kan.
last friday yang aku balik karak tu, dalam bas aku duduk sebelah seorang kakak tu.
ekceli aku ni sebenarnya taklah rajin sangat nak melayan stranger ni tapi dia macam tak bagi peluang untuk aku tutup mulut, maka terpaksalah aku melayan.
serius aku penat on that day.
dia pula tak henti-henti ajak aku berbual.
layankan je.
walaupun.....huhuhuhu.

then halfway highway tu dia bagitau satu menda kat aku yang buat aku terkedu.

"sebenarnya akak ni hidup bermadu. akak bini pertama"

aku macam, oh ok. terbeliak jugalah mata aku.
bukan terbeliak sebab dia hidup bermadu tu.
terbeliak sebab kau tak kenal aku, kita baru kenal tak sampai 30 minit, nama kau pun aku tak tahu, 
tiba-tiba bagitau kehidupan peribadi kau.
itu yang aku terkejut.

"ohya?" itu je reaksi aku.
dah tu takkan nak jawab
"oh yeke kak? ya Allah, kenapa jadi begini kak? kenapa suami akak menduakan akak? apa perasaan akak? akak tak menangis ke kali pertama tau?" *sambil goncangkan bahu dia*

lepas tu, bermula episod luahan perasaan dia.
macamana suami dia start curang.
macamana dia dapat tahu.
macamana dia boleh terima madu dia tu.
dan giliran dia dengan suami dia pun dia bagitau.

aku cuma menyampuk apa yang patut jelah.
takdelah aku memandai nak respon lelebih.
tiba saat klimaks bila dia cerita

akak : bila suami akak kawen lain ni, akak rasa sunyi sangat-sangat. sepi. tu yang akak start kawan dengan lelaki lain

aku : yeke kak? *senyum*

akak : ye dik. akak kenal-kenal lelaki dari fb, chatting then jumpa.

aku : oh. dah tu suami akak tak tahu ke? *aku mula nak ambil tau. hehehe*

akak : suami akak mestilah tak tahu dik oii. kalau tau, naya akak. akak jumpa senyap-senyap. lagipun dia tak duduk dengan akak. dia duduk dengan bini kedua dia.

aku : ohhhh.

akak : tapi dia ada cakap, jangan sampai dia jumpa bukti. masa tu kalau dia jumpa, menangis airmata darah sekalipun, dia takkan maafkan akak.

then bla bla bla banyak lagilah dia cerita.
aku dengar jelah padahal fikiran aku melayang dah sebab aku penat kot.
banyak lagi aku nak fikir.
setakat dengar tu oklah.
sebab aku tak selesalah nak dengar masalah orang luar yang aku langsung tak kenal.

tapi mungkinlah kakak tu memang dah lama pendam apa yang dia lalui.
atau mungkin dia memang mudah terbuka dengan sesiapa saja.
dan dia ada juga bagi nasihat memacam tentang perkahwinan kat aku which is aku take note apa dia cakap.
yelah, dia dah berpengalaman, lagi tua dari aku, aku kenalah alert dengan apa dia cakap.
apa yang dia nasihat tu benda yang betul.

aku ni ada muka macam muka pendengar setia ke eh? hahaha.
setahu aku, muka bosan adalah.

aku tak pandailah nak komen pasal bermadu, pasal masalah rumahtangga ni semua.
sebab aku takde pengalaman.
cuma aku harap kalau satu hari nanti aku ditakdirkan bermadu, aku mohon Tuhan kuatkan hati aku.
sebab aku ni bukan manusia yang boleh terjebak dengan hal hati dan perasaan.
aku mudah kalah.
dan aku adalah sangat cemburu.
walaupun aku tak reti nak tunjuk aku cemburu.
tapi dalam hati grrrrrrrrrrrrr. huhuhuhu.

tentang kakak tu ada berkawan dengan lelaki lain tu aku rasa hmmm macamana eh.
dia dah besar panjang dah 41 tahun *dia bagitau* so dia boleh fikir sebenarnya apa yang dia buat tu adalah berdosa as a Muslim.
memanglah suami dia menduakan dia.
tapi suami dia tak buat maksiat.
suami dia cuma ada hubungan yang halal dengan perempuan lain.
kesalahan suami dia cuma mengkhianati cinta yang pernah dia lafazkan *ecececewah*
tapi kesalahan dia lagi besar-ada hubungan dengan lelaki lain dan membenarkan lelaki lain menyimpan perasaan terhadap dia.
serta keluar tanpa keizinan suami.

dia kata dia tak kesah apa orang cakap.
dia kata dia tak kesah apa pandangan aku terhadap dia.
mungkin dia tau aku pandang dia semacam kot. huhuhu.
aku tak pandang dia semacam pun.
sebab menda ni dah biasa aku dengar.
tapi sebab apa dia kata aku pandang dia semacam?
sebab dia tau apa yang dia buat tu salah.
dan dia sedar hakikat tu cuma dia yelah, manusia kan, ego tu ada.

oklah.
aku pun dah penat nak memikir jalan ceritanya.
tadi aku jaga gerai kerepek untuk hari jualan kelab sukan dan rekreasi dan puspanita.

kbye.

2 comments:

Encik Suami said...

Tersenyum tatkala baca sampai tahap nie..

"oh yeke kak? ya Allah, kenapa jadi begini kak? kenapa suami akak menduakan akak? apa perasaan akak? akak tak menangis ke kali pertama tau?" *sambil goncangkan bahu dia*

Tang goncangkan bahu tue...mmg terbaek.tersenyum sipu org kat sini baca.

Reena Kamarudin said...

Hehehe. Ala-ala drama samarinda