May 26, 2012

Kerana teringat pada dia

Hidup tanpa fb adalah sangat tenang. Back then 2009, aku memulakan fb.
Tapi aku tak aktif pun sebab masa tu, si dia meroyan tak bagi aku
bersohsial. So, baik lah. Hamba malas nak bergaduh. Tapi, hehehe, bila
dapat kerja di putrajaya, tahun 2010, aku start aktif semula. Then
terjumpa lah bekas-bekas boifreng amboi bekas-bekas banyaknya.

Mula-mula mereka add, aku tak approve wah diva lah sangat. Sebab aku
malas lah nak contact semula. Tapi lama-lama aku fikir, menda lama,
buat apa nak fikir-fikir lagi. So, baiklah kita approve tapi setakat
approve jelah. Takde pun beria-ia.

Then si dia dapat tau aku main fb semula. Dari mana entah dia tau
padahal dia buta it ok fb pun takde, emel apatah lagi. Ni mesti ada
orang bagitau dia kan. Lagi parah dia tau aku ada contact dengan
bekas-bekas tu semua. Terus world war 8. Hoi, add je kot, bukan
bercinta semula!

Tapi, aku ni memang bangsa malas nak bertekak maka iyalah, aku
deactivate semula. Tapi on off. Kejap active kejap deactivate. Huhuhu.

Dulu, masa dengan dia @ roy bukan nama sebenar tu, aku rasa, aku takde
life. Sumpah takde. Bukan aku nak kata dia kongkong aku, tapi memang
pun. Hoih, macamlah aku jelita kebabom kan.

4 tahun dengan dia, aku jauh dari kawan-kawan aku. Which is not good.
Lepas tu, nak pergi mana-mana kena ajak dia kalau tak dia sentap 2
minit. Macamana lah aku nak berdikari.

Aku pun tak faham kenapa aku jadi baik sangat masa dengan dia. Takde
pun aku skandal dengan lelaki lain hahaha tak kelaka. Mana pernah
skandal. Berdosa. Masuk neraka oh.

Siap ada friendfinder. Tapi friendfinder maxis sangat bodoh ok. Kalau
aku kat putrajaya, dia boleh tulis aku kat dengkil. Sebab berdekatan
kot. Dah jadi bahan nak bergaduh. Selalunya, bila bergaduh, aku yang
over meroyan. Dia relax je. Eh nyampah lah lelaki macam ni. Tunjuk
cool sangat. Nak gaduh, gaduh mulot la, baru best. Ni nak gaduh, tapi
diam, tak bercakap, tak mesej. Sungguh bosan hokay gaduh macam tu.

Eh, tetiba je cerita pasal dia. Saja je nak buang masa.

Best kot berblog guna henfon. Sambil golek-golek macam dugong atas
katil, sambil taip entry. Oh heaven tau.

Ok, itu sajalah.
Aku nak relaks jap tadi 2 round aku membasuh baju.

Bye bebeh.

3 comments:

Anonymous said...

uih..mengongkongnya Roy tu..eh..heeeeeeee

faizal mohd said...

pergh! enset mahal boleh update blog. pinjam!!! :)

teha said...

phone kecik.. lappy laa best nk berbelog.. hahaa !