May 24, 2012

Kerana sebagai manusia aku sayang padamu. Laksamana Sunan



aku adalah kaki novel. bagi je apa jenis novel memang aku akan habiskan dalam masa sehari.
time sabtu ahad, aku rela duduk rumah baca novel dari berpeleseran jual muka di mall. ecewah.
muka tak laku nak jual apakebendanya?
baiklah T___T


antara banyak penulis novel kegemaran salah satunya adalah Ramlee Awang Murshid.
penulis novel thriller.
novel pertama beliau yang aku baca adalah A.D.A.M Aku Darah Anak Malaysia.
memang best novel ini. sangat thrill dan terasa macam aku pula yang jadi watak utamanya.
aku macam, wah, tak sangka imajinasi dia sangat tinggi sampaikan hero dalam novel ADAM tu boleh ada relation dengan presiden USA. hebatkan? try la baca.


tapi memang tak boleh lawan keminatan aku kepada novel bersiri yang menggunakan Laksamana Sunan sebagai watak utama.
siri pertama bertajuk Bagaikan Puteri.
bila aku baca bovel ini, aku betul-betul menghayatinya.
terasa macam watak Haryani itu adalah aku.
dan ya, hehehe malu nak ngaku.
aku dah jatuh cinta dengan Laksamana Sunan tu.
my god, terbuai-buai rasanya perasaan ini bila terbayangkan gambaran Laksamana Sunan yang di tulis oleh penulis.


Laksamana Sunan adalah seorang yang warak, pandai bersilat dan sangat istimewa lah.
ala ala Imam Muda. ni kalau wujud zaman ni, mesti dia masuk Imam Muda kan. huhuhu.
cerita Bagaikan Puteri ni macam ni.
Haryani pada zaman ini koma sebab eksiden.
maka dalam koma itu, dia telah pergi ke dimensi lain.
iaitu dimensi dahulu kala masa zaman hang tuah.
di situlah dia terjumpa Laksaman Sunan.
jatuh cinta dan bercinta.
paling sedih bila terpaksa berpisah sebab Haryani sudah sedar dari koma.
tapi bila dia dah sedar, dia sangat rindu dengan Laksaman Sunan.
kau tahu *sangat kiah propa*, masa dia rindu tu aku pun rindu sama.
macam aku pula yang bercinta dengan Sunan tu.
siap menangis lagi.
my god.
memang terkesan betul novel tu.


selepas Bagaikan Puteri,
datang pulak sambungan dia iaitu Cinta Sang Ratu, Cinta Sufi, Hijab Sang Pencinta.
dan yang baru release Sunan Musafir.
dalam Sunan Musafir, Sunan akan mati.
sobs..........
tak sanggup rasanya aku nak berpisah dengan sunan.
hahaha. poyo.




tapi betol la wey.
aku rasa betul betul dah jatuh cuinta dengan sunan tu.
siap berangan lagi kalaulah aku jadi haryani tu alangkah bahagianya hidup.
hahaha.


dah. tak kosser nak berangan.

2 comments:

Mun said...

hehe sama laaa.. kalau dah baca novel tu.. terbawa2 smpai diri kita mcm dalam watak tu.. hehe

Reena Kamarudin said...

Kan? My gosh. Penyakit apakah ini. Haha