May 23, 2012

Kerana hidup aku yang gila-gila dan kelakar

Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni, gila.

Bila berseorangan tanpa keluarga tercampak di putrajaya, baru aku
sedar, aku sebenarnya menjalani satu kehidupan yang gila. Dan
kadang-kadang, kelakar.

Tak percaya?
Mari aku huraikan.
Hidup aku sekarang prinsipnya "asal ada".

Pertama, bab makan. Bila petang pulang dari kerja, fizikal penat,
mental lesu jadi santapan perut adalah asal ada. Nampak megi. Baiklah.
Kita masak megi. Ada roti? Bersila. Ambil jem/nutella. Makan. Jangan
banyak bunyi.
Bila duit di tangan dah nyawa-nyawa ikan, apa yang ada didapur, itulah
yang aku masak. Ada mihun je? Baiklah, kita goreng mihun. Eh bawang
takde? Takpe, no need bawang. Bahan-bahan lain takde? Tak kesah. Kita
goreng bodoh je. Makan asal kenyang. Asal aku tak meroyan. Aku bila
lapar, cepat meroyan.

Kedua, hiburan/tv. Bilik aku. Dunia aku. Tempat aku berehat tidor tak
hengat dunia. Tempat luahan perasaan. Tempat tumpahnya airmata kala
rindu kampung. Maka ya, bilik adalah syorgaa doniaa aku. Tv yang gila
cuma dapat channel 8tv maka 24jam channel itu saja yang aku tengok.
Dari zero bahasa cina, dah faham sikit-sikit. Tv yang gila. Bila ERL
KLIA TRANSIT (belakang bilik aku landasan ERL) lalu, gambar akan
hilang skrin jadi biru. Kerana itu, aku terjadi minat dengan siri
desperates housewives dan switch at birth.
Ya, tv aku gila. Aku takde hiburan. Tapi aku tak perlukan pun. Aku
happy apa adanya. Kan dah kata, asal ada.

Ketiga, kipas berdiri atau bahasa omputih, stand fan. Bila tekan on,
aku kena pusingkan manually bilah kipas itu by hand. Makanya, kipas
aku takde penutop. Bogel. Senang. Mudah. Kipas yang pemalas. Kedekot
angin. Tapi takpe, sebab bila malam cuaca sangat sejok.

Keempat, rumah aku tingkat 4, bilik aku bilik belakang maka, aku
tersangat terganggu dengan bunyi bising yang dibuat oleh mat motor
pulas throtle eh betol ke eja, ah, bedal. Pulas mendalah tu apahal?
Annoying tau tak. Tapi takpe, earphone kan ada. Pasang lagu. Aku
berada dalam dunia sendiri.

Orang mungkin kata, apa yang gilanya? Takpe. Aku tak minta orang judge
my life. Hanya aku dan tuhan tahu betapa hidup aku gila. Tapi seronok.
Terkadang perit. Tapi bermakna.

Hidup asal ada.
Janji hati bahagia.

2 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

masa zaman belajar dulu... selalu gitu laa... asal ada sudah laa..

kalau boleh..skang ni nak wat lagi benda yg sama.. wlpun duk bujang ngan adik2.. tapi xleh nak wat mcm dulu..kena membebel ngna mak ayah jawabnyer..dan kesian kat adik2.. hehe

Reena Kamarudin said...

Hehehe. Ada adik2 tak boleh nak hidup asal ada. Kesian dorang nanti dapat kakak asal ada. Huhuhu.