May 27, 2012

Kerana rumah takde air dan dua minah muka horror

Bangun pagi tadi *ekceli golek-golek lagi atas katil* aku dengar adik
aku, farah kecoh-kecoh.

Minah tu sakit perot tapi air takde. Aku macam, hah? Takde air.
Bingkas aku bangun.

Aku : air takde? Saya sakit perot ni.

Farah : saya pun. Jum pergi rumah makcik.

Cepat-cepat ambik kunci kereta, pi rumah makcik, adik abah.
Sampai-sampai je, kami dapat tahu, rumah makcik, pak itam, makteh (3
rumah adik-adik abah) pun takde air. Haiyya. Aku dan farah sakit
perot. Dah tu, nak mandi sekali. Sebab ada saudara kawen dekat karak
ni.

Telefon makcu (adik abah juga) tanya rumah dia ada air tak? Dia kata,
ada. So zass ke rumah makcu. Sambil dalam kereta farah bersungut.

Farah : time takde air, time tu la perot saya ni meragam. Selama ni
payah je kot.

Aku gelak je. Macam hape entah, dua perempuan dengan muka bangun
tidur, mata sepet bengkak, baju tidur, hanya tutop kepala dengan
tuala, merayau sekampung cari air. Ni kalau bakal mak mertua nampak
ni, maunye dia fikir 80 ratus kali nak ambil aku jadi menantu.

Siap mandi rumah makcu. Berborak kejap itu ini, then balik.
Sampai rumah ibu kata air dah ada. Terus alhamdulillah.
Takdelah meroyan lagi kan.

Nasib baik rumah sedara mara dekat-dekat. Kalau tak, kena pergi stesen
minyak la kan bawa gayung sekali berus gigi. Orang tanya mana datang,
kami jawab indon mari. Hahaha ok tak kelakar.

Dengan muka horror bangun tidur, memang macam apa entah.

Aku rela takde letrik. Jangan takde air. Errr. Geli bila fikir takde air.

Daaa

4 comments:

faizal mohd said...

satuju. aku pon lebih rela takde letik daripada takde air. nak memerut susah,

Reena Kamarudin said...

Hahaha. Tau takpe

Suara Kalbu said...

Akak lagi best,

Time takde air, susahnya nak mandi buang air so akak cakap lagi rela takde letrik daripada takde air.

Tapi bila time letrik takde, susahnya nak kena bergelap dan berpanas so tetiba akak cakap lagi rela takde air daripada takde letrik.

Mcm mana tu ? Keji kan akak ni ? Hihihihi

Reena Kamarudin said...

hahaha. kelaka la akak ni. tapi memang pun. reena pun sama pikir macam tu. takde dua-dua baru merasa kan? hahaha