May 18, 2012

Kerana resepi lauk kasih sayang dari Chef Reena

Salam.


hari ni nak cerita pasal makan.
aku ni taklah memilih sangat pasal makan *omg patutlah berlemak lemak*
tak, tak. maksud aku, aku bukan manusia yang nak makan sedap-sedap je.
aku jenis simple. janji kenyang.
time lapar, telur mata dengan kicap pun sedap sangat *yummeh*
lepas tu goreng cili kering tu garing-garing.
bila makan rasa rangup lepas tu pedas menggelupur cari air.
antara lainnya, telur goreng bersos.


senang je.
kau panaskan kuali. then letak minyak agak-agak lah minyak tu jangan melampau sangat macam nak goreng ayam kan. then bila minyak dah panas, kau pecahkan telur macam kau nak goreng telur mata tu.
ambil sudip *haiyo, takkan pakai jari kan* kau kacau la telur tu kasi hancur.
letak garam sikit. kacau kacau then tuang sos ikot la nak banyak mana.
bila dah ada sos, kau kacau je la bagi telur dan sos sebati.
lepas tu letak dalam pinggan, letak nasi then kau boleh makan depan tv dengan perasaan bangga macamkan kau masak ayam kurma. heh.
serius sedap. hehehe.
ok setel. kenyang perut suka hati.


resepi kedua favret aku.
ok resepi ni aku namakan 
"sambal ikan bilis goreng kenangan ketika cinta berputik suatu masa dulu"
kahkahkah.
kenapa nama poyo, reena?
ok mari nak cerita.
dulu, masa sedang hangat bercinta, si dia telah memperkenalkan aku dengan resepi ini.
tapi time tu nama resepi ini 
"sambal ikan bilis goreng aku cinta sayang rindu padamu aku sanggup buat apa saja demimu". itulah nama resepi itu kala dulu. puiii. menyampah.
dulu, dia selalu buatkan untuk aku sebagai bekalan untuk aku bawa balik putrajaya.
sebekas kau dia buatkan untuk aku.
lepas tu aku kongsi dengan endang, budak rumah aku.
lepas tu makan sikit-sikit sebab sayang nak habis sebab orang dicintai yang buatkan. 
lepas tu sambil makan sambil menghayati jerih perit si dia masakkan.
lepas tu bila kenyang terus mesej "terima kasih kamu kenyangkan kita"
omaigod sumpah geli bila ingat.
kenangan yang dah berlalu.
oh ya sambal itu boleh makan dengan nasi.
boleh makan dengan roti atau di ratah begitu saja.
aku suka sebab ianya tak berkuah. kering. dan tak berminyak.
amboi mementang time tu orang tersayang buat, suka sokmo.


resepinya macam ni.


ikan bilis *yang halus paling afdal*
bawang merah.
bawang putih.
cili kering.
garam & gula.


1. kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
2. panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan tos kan.
3. guna minyak yang sama untuk tumis bahan yang dikisar tadi.
4. agak-agak dah berminyak yang ditumis tu,dah masak dah cili tu, letak gula dan garam secukup rasa
5. then masukkan ikan bilis tadi. gaulkan. 
6. siapa sudah.
7. taraaaaaaa


boleh juga letak sedikit air asam jawa kalau nak lagi sedap.
tapi aku tak suka.
boleh juga letak belacan kalau nak.
tapi aku alergik belacan.


so itulah dia ya, resepi simple orang bujang dariku.


sekian.

No comments: