May 18, 2012

Kerana pernah tak kau terluka? pernah tak kau kecewa?

pernah tak rasa penat jaga hati orang?
sedangkan hati sendiri terluka?
pernah tak minta maaf tak bersebab?
sedangkan bukan kau yang salah?
pernah tak menguntum senyuman?
sedangkan hati kau menangis?


pernah tak?
pernah kalu, kasi angguk lu punya kepala. hehehe.
manusia. biasalah. takde yang sempurna kan.
tapi jangan jadikan alasan "aku manusia biasa bisa melukakan dan dilukakan"
*amboi tak payah nak Wali Band sangat lah, reena*
kenapa harus menggunakan alasan "aku bukan malaikat. so, normal lah kalau aku ada buat salah"


normal ke kalau kau dah sakitkan hati orang?
normal ke kalau kau tak minta maaf bila kau dah sedar yang kau salah?
normal ke bila kau lihat orang terluka disebabkan kau?


hey hey kemonlah.
hidup adalah untuk belajar. belajar erti memaafkan. belajar erti meminta maaf.


pernah tak kau terluka?
pernah tak kau kecewa?
pernah tak kau menangis dalam hati?


tidak mengapa, sayang.
ALLAH kan ada :)