Mar 14, 2012

Kerana takde air. dibakar. video luc**. terbakar

Salam.
suasana sangatlah dingin. sangatlah sejuk.
hujan dan mendung diluar. aircond didalam.
jadinya, menggunakan pashmina untuk melindungi kesejukan di tubuhku. ecewah. nampak matang tak mukadimah?

so. apa berita tergempar Malaysia?
selangor/KL takde air 36 jam.
nasib Putrajaya tak terlibat. satu hal pulak nak cari tempat mandi walaupun aku tetap wangi kalau tak mandi.
teringat masa di UIA, takde air seminggu kot. betapa seksanya la. sudahnya pergi Ulu Yam dengan kengkawan.
pergi Giant beli air botol banyak-banyak. seksa you all, air takde. aku rela takde letrik. atleast takde letrik romantik la jugak boleh candle light dinner. ni takde air. alahai, rimas tau tak. takpe, sabar ye. 

adik Dirang yang hilang mati dibakar.
ni serius aku menangis masa tengok berita ni. aku ni kan hati tisu. aku mengikuti perkembangan kehilangan adik dirang ni. sebab kes mak dia leka main fb sehingga menyuruh si anak kecil ke kedai. ok. nak salahkan mak dia pun dah tak guna. orang kata, kalau nak jadi, terjadi juga. but logik la, anak tu kecik sangat lagi kau dah suruh dia ke kedai. alahai. sedih aku rasa. nak beli megi dengan telur. yang tukang bakar patut kena bakar sekali. atleast bakar jari dan kaki dia sikit. tengok dia meraung ke tak. al-fatihah untuk adik dirang.

kes video/gambar lucah pelakon melia.who?
ok dia tak glamer. filem karipap-karipap cinta dia pun tak kemana. sebab berlakon dengan gambit. gambit who? entah. aku tak minat. baca blog Mazidul Akmal (sila klik). memang kau wartawan hiburan. dan kalau betul si melia tu dah buat menda tak senonoh, janganlah kau hebohkan. kan berdosa aibkan orang lain? kau Islam. dia Islam. tak boleh ke kau tutup malu kaum Muslimah? sebab dia bukan adik/kakak kau? kalau dia bukan darah daging kau pun, atleast ingat, kita saudara sesama Islam. kau sebarkan perkara tak elok pasal yang seagama dengan kau, bayangkan mereka yang lain agama dengan kita pandang kita macamana? yang si melia pun satu. aish. malas aku nak komen banyak-banyak. Allah bagi akal fikiran. sendiri fikirlah.

kes terbakar.
yang ni penting.
kerana kecuaian sendiri habis terbakar.
kain kurung aku.
berlubang. pagi tadi. 

sekian.

No comments: