Mar 14, 2012

Kerana aku dapat mesej cinta dari Mr. Hot dan sekarang hati aku berbunga-bunga

Salam. 
tadi Mr Hot hantar mesej kat aku. berbunga-bunga hati aku tau.
maklumlah, lama tak dapat mesej berbaur cinta ni.
nak tau dia tulis apa?


RM0. Servis Voice SMS akan ditamatkan pada 30/3. Terima kasih atas sokongan anda. Untuk menikmati kandungan & servis Maxis yang lain, dail *200#
with love, Hotlink.

sampai hati kan hotlink tamatkan servis ni.
kepada pengguna hotlink mungkin tau la kot servis ni.
kepada yang tak tau, meh aku nak cerita.
servis ni membolehkan pengguna menghantar mesej melalui pesanan suara.
no need to type text message.
apa yang kau perlu buat adalah menambah dua star (**) didepan nombor yang kau nak dail.
contoh aku gunakan nombor aku kay. **0123644123. then call macam biasa.
tunggu arahan dan selepas arahan tu, kau cakap jelah apa yang kau nak cakap.
hotlink bagi 40 saat untuk kau bercakap dengan servis ni.
contoh kalau kau malas nak taip mesej, kau cuma dail je nombor orang tu macam nak call biasa tu.
then tambahkan dua star didepan nombor. caj hanya 10 sen. dan penerima voice sms kau tu akan dapat panggilan macam biasa di skrin henfonnya. kalau dia tak angkat, hotlink akan remind dia yang dia ada voice sms dari kau. dan kau juga akan dapat reminder mengatakan orang tu tak dengar lagi voice sms kau bagi tu.
the best part is, orang yang dapat Voice SMS tu boleh dengar semula Voice SMS yang kau dah buat tu
berulang kali tanpa dikenakan caj dengan mendail *1*

aku and voice sms memang tak boleh dipisahkan.
siapa yang bercinta dengan aku mesti selalu dapat. kahkahkah.
aku ni kan romantis haktuiii.
bila dengar lagu kegemaran kami berdua, cepat-cepat hantar voice sms.
lekap kan je henfon ke radio macam lekap kat telinga.
then kalau si dia tak angkat (selepas maxis hantar reminder), aku pulak yang hantar reminder ke dia. suruh dengar jugak kalau tak saya merajuk dua minit alolololo tiru ayat zara vanila coklat.
kahkahkahmenyampahgilahellperangai.

kadang-kadang.
bila rindu bertandang, dia pulak hantar vioce sms kat aku.
kata rindu dekat aku semua bagai.
then sebelum tidur aku akan dengar la berulang kali. oh jijiknya indahnya zaman bercinta.
jelik pun ada. kahhhhhhhh.

aku pun balas semula. ewahhh. 
bila gaduh lagi hebat. aku la tu yang akan hantar voice sms tu.
tapi aku tau dia takkan angkat.
siapa nak dengar kata-kata marah, ye dak? 

voice sms juga menjadi medan untuk aku tau tajuk lagu.
katakan aku suka lagi tu.
then aku akan hantar voice sms kat member.
hehhehe untuk tau tajuk lagu tu. hebatkan.

alahai.
segalanya dah berubahkan.
hotlink pun dah nak berubah.
tiada lagi kenangan menghantar vioce sms kepada si dia.
tiada lagi mendengar kata-kata jelik indah waktu malam. kahhhhhh.

sekian

p/s: itu bukan nombor aku. tujuh nombor yang pertama tu (0123644) tu memang nombor aku. 123 tu bukan. kemain explain. macamlah kau kesah, kan?

2 comments:

from deep of my heart~ said...

nak di tamatkan sudah?? lorr.. dah 5 tahun tak guna voice msg ni, sebab skang dh switch to celcom.. xpe mailbox masih ada hehehe

Reena Kamarudin said...

hahaha. yup nak ditamatkan.