Mar 6, 2012

Kerana nombor ekor yang bertuah dan anak ikan

Salam.
semalam ada majlis mesra jabatan aku. yeah right. mesra laaaa sangat.
eh memang mesra pun.
dengan kengkawan, ada je benda nak cerita.
ada je benda nak gelak.
ikatan sangat rapat. kau kaver aku, aku kaver kau.
janji sama-sama dapat manfaat. kahhhh.
ada bos yang dingin.
ada bos yang mesra yang suka pow pizza dan keropok.
sangat sweet. *ehem ehem tumpang lalu Encik Azreey, Assalamualaikum. saya tau, Encik Azreey 
baca blog saya senyap-senyap kan. hahahah*


so tema adalah biru.
nasib ada baju biru. kalau tak, hmmmm pakai baju pengawas kot.
itupun kalau ada size.


so sebelum start jamuan, aku upload pic ni dalam FB.
saja je la. sementara menanti VIP sampai.
bosan jugak duduk memandang makanan terhidang.
sedangkan perut dah lapar.




print screen daripada Fb aku.


soooo.
bila MC majlis start panggil nombor bertuah tu.
aku dengar je la kan. kot-kot lah nombor ekor aku naik.
sekali dia panggil nombor aku.
dengan terkejutnya aku bangun.
bila nak ambil je hadiah tengok hadiah besar.
alamak. macam berat je. nasib tak berat sangat.






so, i got this one. big,uh?
seven is just my lucky number. wink wink.








ok, hamper bukan aku punya.
tapi kak shima.
dia pun dapat cabutan bertuah.
so kami memang budak bertuah. hehehe


perasaan bila nombor sendiri dipanggil tu memang tak dapat
nak digambarkan lah.
kehkehkeh.
ni bukan pertama kali aku dapat cabutan bertuah.
ceeeiii ayat berlagak.
tapi aku tak pernah lagi lah menang yang mahal-mahal.
selalu dapat hamper. macam tau-tau je aku pun macam hamper T_____T


malam tadi Sha mesej around 7.50.
"kak, jum pergi warta BANGU. i nak tukar baju yang beli hari itu"


aku macam apa bangu ni? ni mesti bangi ni tapi typo minah ni.
bangu pun bangu la yang. memula malas sangat nak ikot.
tapi yelah, aku ni pantang dipaksa. mesti mengalah.
so pergilah. 








aku yang simple.
eh, lemak aku disorok kan?
kahkahkahkah.
jogging pun kengkadang.
entah bila nak disiplinnya.
rasanya kena jogging dengan buah hati la baru semangat.
ok soalannya sekarang, siapa nak jadi buah hati aku? okbye.








ceh konon efek kaki silang kau nampak slim la eh, perempuan?
sebelah tu Zuria.
menunggu si Sha mencuba jubah *tukar dengan baju yang dia beli tak muat kat ehem ehem*
so bosan, mari bergambar.
tokey kedai tu amoi.
kemain pandang-pandang kami.
macam lah nak mencuri.
nak mencuri camne, beg pun tak bawah.
takkan nak masuk dalam baju. 


dah setel, haruslah si tukang paksa belanja makan.
dah kau paksa aku kan. kahkahkah.
tak rugi aku dipaksa.
dan tak rugi aku menyerah. ohhh tidak. tak rela. *panggggg*
makan kat Bangi jugak. namanya Village View ke apa entah aku dah lupa.
tak fokus. fokus pada makanan sebab lapar.
terharu aku bila mereka order tomyam tanpa udang. walaupun aku kata takpe, takpe.
sebab aku adalah tak boleh ber-udang.
nanti aku akan jadi alien.


deko restoran ni sangat nice sebab











IKAN.
binatang yang aku suka selain kucing.
aku suka tengok anak ikan.
tenang sangat.


bebudak kecik suka la kan.
sampai tak tenang mak ayah nak makan.
ada tu dalam umur 5 tahun jerit kuat kuat
"ikan kembung ikan kembung"
aduhai. budak bandar. hehehe


ok lah.
nak cau cin cau.
bye sayang *tetiba*


sekian

4 comments:

faizal mohd said...

pergh! tebal sangat hadiah tu. dapat ipad 7 lapis ke? hehe

Reena Kamarudin said...

kahkahkahkah. lupa nak bagitau. hadiah tu patut untuk mak-mak je. set gelas time raya nanti. kahkahkahkah

Cik Rai @SeriGala said...

ok la tu dapat gelas .. bleh aku dtg melawat nt .. ko buat air vanilla coklat

Reena Kamarudin said...

boleh saja. *kena gugel jap nak buat macamana*