Feb 14, 2012

Kerana tambang bas yang cekelat

Salam.
ehem.
ni aku nak cerita sikit. sikit ja tak banyak.
aku ni seriusly, idak la baik mana. nakai-nakai sikit tu biasa.
aku pergi kerja naik bas nadi putra. tambang 50sen. kau pergi je la celah mana dalam putrajaya ni.
tambang dia tetap 50sen. so pergi balik singgit.
banyak kali, eh tak lah banyak. adalah dalam 5,6 kali kot.
kadang-kadang bila nak cepat termasuk. remember ya termasuk! termasuk 35sen, 45sen dalam tabung tu.
sebab apa? sebab kengkadang, sampai je kat bustop, bus dah ada.
so tak sempat keluar duet lagi dah kena naik bus.
tapi abang driver senyap je.
tak pernah pulak dia marah atau tegur. 
ke dia tak boleh detect berapa yang dimasuk?

then pagi tadi aku dah dapat pembalasan. 
pembalasan yang aku suka. 
kan 50sen baru tu kecik macam 20sen kan?
so pepagi naik bus pukul 6.50 manalah nak nampak sangat kan syiling tu.
so raba-raba dalam purse terus agak-agak je ha, 20sen kot.
memang aku bawa ngam-ngam syiling rm1 sehari. sebab korek tabung syiling kan.
then tadi tengok, apasal lah ada baki 20sen je ni dalam purse.
and yes yes yes.
aku dah masukkan 50sen baru + 20sen lama + 10sen lama=80sen.
kihkihikih.
tu kira lump sum la apa yang aku cekelat selama ini.
aku bernekad untuk bayar semula apa yang aku dah tak aci tu selepas ni.
terasa berdosa :(

sekian.