Feb 22, 2012

Kerana ketagihan melampau

Salam.
aku ada satu sifat, mudah bosan. yap. perangai tak senonoh kan.
aku cepat moody tapi cepat cool.
aku cepat bosan tapi cepat ceria.
adik-adik aku pula kata aku ni gedik.
tapi sebenarnya mereka jeles aku lagi sopan dari mereka.

semalam aku start deactivate FB aku.
ekceli dedolu pun aku dah deactivate. selalu.
sebab apa entah. memang hobi kot *bajet artis letew ingat orang nak stalk dia selalu*
tak bukan sebab bajet. tapi sebab saja. saja mengada. saja nak orang concern *kurang kasih sayang*

satu lagi sebab aku rasa aku ni dah addicted dengan FB. 24jam FB. 
kadang-kadang terjaga dari tidur pukul 2,3 pagi terus buka FB.
terasa loser diri ini :(
so i need to stop it or at least prevent it for a while.
mana tau kejap-kejap lagi buka semula. kahhhhhhh.

Pepagi lagi Kak Dhiya mesej aku

"u, kenapa deactivate FB. kesian leman"

ok, siapa leman? bf baru? skandal? teman tapi mesra? eh tak. dia kawan je. tapi kami rapat. aku, Dhiya dan Leman. eh boleh buat tajuk lagu la. AKU, DHIYA DAN LEMAN. kahkahkah.

dan tadi Farah Raihana pun mesej

"kenapa kau deactivate FB hah?"

ok, ada bunyi marah disitu. ala, dia tau la kepala aku. dedolu pun selalu deactivate apa. 

tak mati pun takde FB kan. *eceiii sedapkan hati. padahal ketar je tangan nak buka ni*

aku tak suka bila aku ketagih.
sebab bila aku ketagih, aku akan rasa nak lagi nak lagi nak lagi.
contoh aku ketagih beli baju online kan. pantang gaji aku mesti beli atleast sehelai.
so, aku dah mampu halang ketagihan aku itu. 

susah kalau benda sedap ni kan.
asyik ketagih je.

sekian.

8 comments:

Suara Kalbu said...

Hahahahahhahaa... "warm-warm chicken shit" je awak ni Reena kahkahkaha..

Akak dah lama deactivate FB. dah 2 tahun kut.

Alhamdulillah..belum dirasuk lagi mana-mana jin untuk activate balik kehkehkehkeh

Reena Kamarudin said...

hahahaha. tarikan tu kuat akak. hahahah

eLLa n aLia said...

wah,, hebatnya klau dapat deactvtate fb.. ella x bleh..

Uncle Jonni said...

aku pulak xde akaun fb...
huhuhuhuhu

Serigala Maroon said...

ok fine! ko nak elak dr pembelian on9 rupa nya hahaha

Reena Kamarudin said...

ella n alia : kita kena kuat. hahahah

Reena Kamarudin said...

uncle jonni : lagi hebat takde akaun. hehehe

Reena Kamarudin said...

farah : hahahaha. kasut beg pon beli online. hehehe