Jan 3, 2012

Kerana satu kebetulan antara Farahanim dengan Farah Raihana

Hai.
hoyeahh.
1st entry di tahun 2012.
badan masih penat. ingat nak cuti je tapi teringat kerja berlambak.
so gagahkan diri :)

01.01.2012 adalah tarikh pertunangan dua insan istimewa dalam hidup aku.
pertama adik aku- Farahanim @ Farah
kedua kawan aku- Farah Raihana @ Farah
so dua-dua pun Farah kan. kalau keluar sama-sama, panggil Farah dua-dua pandang.
ok apa yang kebetulannya?
meh nak cerita. jom duduk tangga dan berborak macam makcik-makcik kat kampung :)

Mereka bertunang pada tarikh yang sama 01.01.2012.
Nama mereka Farah.
nama bakal bapa mertua mereka adalah sama iaitu-Abu Bakar.
kedua-duanya keras hati dan degil.
kedua-duanya rapat dengan aku.

dan dua-dua aku sayang :)

tahniah Farah kuasa dua.


Farahanim




Farah Raihana


sekian