Jan 27, 2012

Kerana kemaafan dendam yang terindah.

Salam.
hari ini rasa tak selesa.
sebab pakai tudung warna putih.
dah tu Linda and Kak Nora kata aku macam budak sekolah.
terasa kembang hidungku. muda lagi la tu kan.

just wanna talk about hal-hal kita ni je.
manusia kalau marah, pung pang pung pang kuat gila semua orang dengar kan.
kita yang dimarah ni langsung dia tak ambil peduli. maruah kita, airmuka kita.
dia peduli apa kan. janji dia puas dapat marah kita.
semua orang akan rasa "alahai, kesian dia kena marah"
kita ni ha memendam rasa je la.
kalau boleh sorok muka dalam baju, dah lama sorok kan.

tapi bila dia sedar, sebenarnya, dia yang salah.
dan marah kita atas kesalahan yang kita tak buat.
nak tau dia buat apa?
tulis nota, letak atas meja "saya minta maaf atas hal tadi"

kau dah marah kuat gila, sampai california boleh dengar, ecewah.
tapi bila minta maaf, guna nota.
ego kan?

memang ni bukan cerita aku.
ini berlaku pada kawan aku.
kesian juga.
tapi biasalah.
kita memang selalu kalah dengan emosi kan.

bila marah orang, kita bangga dapat marah.
bangga tengok orang tu takot dengan kita.
bangga la sangattttttttt.
bangga dapat tinggi suara.

tapi bila minta maaf?
alahai. kalau boleh nak cakap bawah meja.
nak tulis nota.

heh!

sekian

3 comments:

Suara Kalbu said...

biasalah tu dik,

Bangga kalau dapat tunjuk kuasa. Time dah tahu dia punya salah, mulalah....

jelah said...

bile mrah..ego kita tinggi n ditambh dgn hasutn syaitan yg sentiase nk wt manusia bersengketa...

odahonebizz said...

dasar angry bird...dh marah kuat2 pastu nak mtk maaf slow2 xmau kasi org tau...hoho