Jan 30, 2012

Kerana AJL 26, hujung minggu yang loser dan whatevaaahh

Salam.
Hai semua. sehat kah? ok kah? bagaimana dengan isnin? semua ok kan?
jangan lah tak ok eh. permulaan hari kenalah bersemangat supaya the whole week ni kita semua ok.
sesiapa yang mengantok tu sila depang/depa (entah mana satu aku lupa. ala yang bukak tangan dua dua nampak tiak busyuk tu) lepas tu lompat bintang dan jerit hip hip horayyyyy. ok, jangan buat sekarang. buat dalam toilet ye. nanti orang kata kau gila, ahkak tak tau.

weekend aku tak berjalan seperti yang aku mahu.
yang aku mahu tu maksudnya aku hang out dengan kengkawan jenjalan ke sana ke mari
macam remaja belasan tahun.
tak.
sebab aku tak sihat. batuk. terima kasih choi sebab bagi saya batuk ni. sayang awak :)
hahaha. yelah. aku jumpa choi hari tu. then dia batuk-batuk.

aku : eii, awak batuk choi?(sambil buat muka eeeuwwww)
choi : a'ah (sambil batuk alolololo muka kesian)
aku : gerenti saya kena jugak lepas ni (buat muka eiii apasal lah)
choi : memang nak awak kena pun (buat muka padan muka kau)
aku : kuajaqqqqq sangat. hek awok (sambil menjeling)

memang betol.
aku kena juga. tapi betol ke batuk ni berjangkit?

dah batuk. lepas tu kena cirit birit pulak semalam.
pergi klinik, ambil kau. mahal gila dia charge.
tapi sebab dah tak larat sangat. terpaksa lah juga.
ok cukup . nak mengadu je. nak manja-manja dengan korang je :)
itupun tak boleh :(

hokay!
siapa yang tengok AJL26 malam tadi?
frankly speaking, aku tak tengok sangat.
sebab sibuk ulang alik ke toilet.
yang aku tengok Alyah, Hafiz, Faizal dan 3 Suara.

masa Alyah buat persembahan tu aku macam dah nak tidor dah.
sebab mengantuk kan.
tapi aku rasa macam best la pulak.
so aku stay.
tiba-tiba kauuuuuuu. REMY ISHAK ada.
terus aku menjerit. wah, gedik sungguh kan?
ye, aku menjerit sensorang.
suka sangat la kononnya ada Remy tu.
serius, machonya dia. terjatuh hati untuk yang ke sejuta kali ni.

then Hafiz punya performance pon ok.
dan last. saat yang ditunggu-tunggu adalah 3suara.
memang aku tau 3suara last sekali.
tapi aku kan sakit perot so, mood nak tengok tu memang hancur la kan.
tapi sebab aku suka lagu tu, so tahan je la.
ok kan 3suara. best je lagu tu. suara 3suara pun best.

aku pernah tulis dalam FB kalau Beribu Sesalan tak menang
aku akan meroyan kan.
nasib no.2.

nak tau paling aku suka apa?
ni video kat bawah ni.




sob sob sob
terus teringat abah ibu kat karak
hehehe.
lagu yang sangat menyentuh jiwa.
aku tak rasa pun lagu ni lagu cintan cintun untuk gf/bf
aku rasa lagu ni sesuai untuk ibu abah,
hahaha.

tapi Beribu Sesalan tetap dihati
kekaseh ku di jalanan yang berliku
di saat ku perlukanmu
bla bla bla

ok la

sekian

2 comments:

Azlan Strider said...

hehehe..yang lagu alyah tu mmg patut dpt persembahan terbaik sebab dia jer yang betul2 best dari segi persembahan dan suara..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

azlan hasan:
betol betol betol. memang best :) nak pulak ada remy ishak kan. hehehe