Jan 30, 2012

Kerana 7 perkara yang kaum wanita takutkan

Salam.
Hai lelaki. sebagai wanita, kami memang banyak perkara yang kami takutkan. jangan risau. kami memang begitu. namun begitu, kami kuat dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran dan doooogaaaan ini. sweet kan kami? sila angguk. kalau tak, tidur luar. eh.

1. kami takut bersendirian. seriusly kami takut. tapi kami pura-pura tak takut sebab kami merajuk dengan kaum lelaki. memanjang nak tengok bola. memanjang nak pergi servis kereta. memanjang penat. memanjang apa-apa lagi lah. maka kami pergilah sesorang ke mall. tapi bila kami pergi sendirian, kaum lelaki marah pulak. dah tu, kami nak buat macamana lagi? tau tak, bila kami nak ke mall maknanya kami nak bernafas. bila tengok barang-barang di mall kami rasa ahhhh lega. tapi kami bukan nak beli pun sebab kami sesorang kan. kami survey je. bila dengan kaum lelaki, baru lah kami beli sebab duit "kami" ada dekat korang. heh!

2. fizikal berubah. wanita macam kami, seriusly selalu akan mengalami fasa berubah bentok fizikal. ala, jangan pelik la tengok minggu ni kami kurus sikit. minggu depan omak ai demok pulak. minggu satu lagi ada pimples minggu hak yang satu lagi muka berseri macam lisa sughihani. so, memang itu ketakotan kami. that's why kami selalu berzikir ditelinga korang tentang ketakotan kami ni. nak buat macamana, hormon kami tak tentu masa. dia tak bagi salam dulu. sekali lagi, heh!

3. perkara mega takot adalah diisytiharkan anak dara tua. takpe, zaman sekarang, umur 50 baru boleh dipanggil anak dara tua. jangan risau, kami takkan paksa korang masuk meminang kami sebab kami tau, kami ni wanita melayu terakhir. malu nak mulakan. so, bila dah rasa gatai sangat tu, dah merenyam sangat, bila keluar asyik "try" kami je, maka korang dah layak kawen. tapi maaf, bukan dengan kami. kami taknak lelaki yang gatai jadi suami kami. ala, macam korang juga. mesti taknak pompuan gatai jadi bini korang kan. win-win situation la, abang.

4. kami tau, kami lemah. kaum yang lemah. walau fizikal kami kuat, tapi hati kami lemah. jadi, tak payah lah nak senang-senang sukasuki tipu kami, khianati kami. itu pun kami takut. kalau suka kalau cinta, jom menikah. kalau tak suka tak cinta, pi main jauh-jauh. jangan sakiti kami. jangan bagi kami harapan. kami takuiiitttt (tiru gaya david teoh)

5. kami tau, kami takdak lesen. ala bukan sebab kami tak mampu sebab kami malas lagi nak buat. lepas tu asyik busy je mana sempat. jadi, bila kami mintak hantar ke satu tempat tu janganlah banyak bunyi. sebab kami takot naik pengangkotan awam. bukan apa, sekarang ni banyak sangat kes rogoi la, kes bunuh la, kes cabui la. hak tu kami takuittt sangat. so, berkorbanlah sikit demi kami. apalah salahnya tuang minyak sepuluh hinggit tu demi kami. beli malboro light boleh pulak dengan harga sepuluh hinggit. bila kami kena caboi nanti kata kami gatai lah, kata kami ngengade la taknak dengan kata segala bagai. sedangkan dengan korang pun kami tak percaya, inikan pulak dengan driver bas tu.

6. tengok cerita hantu. dah tau kami takut tengok cerita hantu, nak jugak bawa kami tengok cerita hantu. kenapa? sebab dalam fikiran korang boleh pegang-pegang eh? kirim salam ye. kami takkan jejak kaki kat panggung wayang kalau korang ajak tengok film hantu. nak pulak filem kum kum tu. sori. 

7. yang ni, paling paling paling kami takuitttt. ditinggalkan di hari pernikahan. dah banyak kes dah ni. dah kalau tak suka, kenapa tak tinggai awai awai? kenapa tunggu majlis akad nikah? tang mana kami nak letak muka kami ni? sampai hati korang kan? dah benci, cakaplah awal-awal. jangan conteng arang kat muka mak ayah kami. jahat betol korang ni. 

tapi ketakotan kami ini akan hilang bila tiba saatnya kami disakiti dan dikhianati cinta kami.
masa itulah kami kuat dan dapat harungi segalanya dengan tabah dan kuat.
masa itulah kami dah tak rasa erti takut.
so jangan main-main dengan kami.

sekian

2 comments:

yana-feehily said...

tak suka ditipu..huhuhu TT___TT

Reena Kamarudin said...

yana-feehily:
hahaha.