Dec 29, 2011

Kerana lagu-lagu ini buat aku nak replay banyak kali

Hai.
jom cerita pasal lagu nak tak?
lagu apa yang korang suka.
dulu masa zaman sekolah, minat penyanyi hensem-hensem je. asal hensem, otometik minat lagu.
tapi bila dah matang laa sangat ni, minat lagu.
biarlah penyanyi nya muka pecah pintu pun janji lagu boleh layan.
jom baca lagu apa yang aku suka macamlah kau kesah kan apa aku suka :)


1. Adele-someone like you.


haaa. ni la lagu favret aku sekarang ni. suara dia mengancam ohhh. dia pun chubby comel macam si tukang tulis ni. kahkahkah. relax, jangan mengutuk eleh perasan minah ni. benda boleh bawak bincang kan.


2. Christina Perri- a thousand years.


ya, abaikan twillight yang aku pun confuse aku suka ke tak cerita tu. janji ost dia best. macam a thousand years ni kan. melankolik gila seh. terbuai-buai perasaan bila dengar. boleh ditujukan kepada si kekaseh hati kepada yang ada kekaseh yang takde kekaseh sila nyanyi dan feeling sensorang.


3. Avril Lavigne- wish you were here.


fine fine fine. aku bukan minah rock. tapi avril sangat comel kan. dah lah comel, rambut pun cantik. dan lagu ni sangat sedap ditelinga aku. tak sedap ditelinga kau, kau punya pasal la. 



4. Nera- hatimu milikku



oh gini rupanya penyanyi lagu best ni. aku tak layan AF9 ni sebab rumah bujang aku takde asteghooo. tapi memang best lagu ni ala-ala nak feeling berlakon cerita romantik, sila lah dengar lagu ni masa dalam bas, pakai earfon dan pandang ke luar tingkap dan silalah bayangkan sidia yang dah porak perandakan hati kiteww kan dengan cinta ajaibnya itewww. kehkehkeh gelak boddo tapi cute.



5. 3 Suara- beribu sesalan




uwoooowwww. what to say. siapa tak suka lagu ni memang tak pandai menilai lagu la kan. kehkehkeh gelak boddo tapi cute lagi. entahlah. lagu ni best la. sebab suara bertiga ni memang best la kan. lagu ni meman sesuai ditujukan kepada si pemusnah hati kiteww kan. kalau boleh, nyanyi lagu ni depan muka dia biar dia sentap. cuba lah. mesti seronok.

ok la.
sekian

p/s: rasa macam nak hempuk aku tak ending entri macam ni? hempuk la. aku tak heran. kehkehkeh

No comments: