Dec 30, 2011

Kerana 11 Februari cinta kita terlerai sudah

Hai.
baru aku tau timeline facebook tu boleh tengok status lama-lama kita dengan mudah tanpa klik older post macam yang lama tu. bila baca semula post lama-lama, rasa macam apa ke hell sangat aku dulu-dulu? nak tau tak, rupa-rupanya status di wall aku bergerak seiring dengan kematangan aku hakhakhak ayat melampau kalah sasterawan negara.

dulu masa mula-mula ada fb kan rasa peghak tu banyak sikit. so apa-apa pun tulis kat wall. but nehi. sekarang dah tak macam tu sangat. even ada juga kejap-kejap update status tapi takde dah update yang bengang-bengang tu. 

tadi aku tengok semula status aku bulan februari 2011. kenapa februari 2011? sebab time tu la aku solo semula dan aku nak baca apa yang aku dah tulis masa hati aku tengah sakit tu. jom tengok.


1.


wah kau tengok. kau tengok apa aku tulis. kemain lagi kan. masa ni dah retak menanti belah. dah tak boleh bawa bincang dah. segala kata-kata dah tak boleh masuk dalam kepala. kau cakap je la apa pun, keputusan dah ditetapkan. gila. hahaha



2.


kau tengok tu. sampai lagu rahmat-hanya satu persinggahan pun aku benci. aku memang tak boleh dengar lagu ni sampai sekarang. sakit hati kalau dengar. hahaha. tapi rasanya sekarang dah boleh kot. apa lah sangat lagu kan. i can forgive you but to forget? woiii. sebijik macam kap lam ya nga kau ni, reena. haha. masa ni jiwa kacau dowh. kacau sangat. serba tak kena. rasa nak pergi jauh-jauh je. tapi jauh manalah aku boleh menapak kalau dah namanya PENAKUT.


3.


atas ni status sehari sebelum kami ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing. tengok, baris pertama macam pasrah. tapi ayat baris kedua aku beta semula ayat pertama. whatthehell? hahaha. tapi ok la kan aku positif laa sangat. ayat pertama tu macam ada orang cakap kat aku la kan dan ayat kedua tu aku balas kata-kata orang tu. hakhakhak.


4.


haaaa. tuuuu diaaaaa. tarikh keramat kena ingat sampai dapat pakwe baru :) haha. eh, kepada pakwe baru aku nanti jangan risau, aku orang yang optimistik. kalau dah ada yang baru, yang lama, i mean segala kenangan lama, aku simpan dalam kocek zip rapat-rapat dan takkan sebut lagi. ecewah. sampai nak remove friend kau tau. punyalah tak rasional pemikiran time tu. nasib takde blog lagi. kalau tak, matik lah korang kena baca luahan hati meroyan aku.


5.


ok sendiri bacalah. hahaha. dari situ korang tau kan betapa putus cinta ni buat manusia jadi tak tentu arah. tak payah nak nafikan lah.


6.

kihkihkih. serabut kepala hotak konon. padahal. yela yela aku mengaku aku bukan kuat mana masa mula-mula berpisah. padahal keputusan dipersetujui bersama. 

so itulah dia. itulah dia zaman kegelapan aku. so, bila aku dengar or tengok kengkawan putus cinta, putus tunang, aku faham sangat perasaan mereka. hanya orang yang pernah alami je yang akan faham.

some says, eleh apalah sangat putus cinta tu. bukannya bercerai berai pun. eh hello, mai sini nak habaq, kau tak pernah rasa so kau jangan banyak bunyi. bila kau dah rasa, aku fikir entah-entah kau lagi teruk kot. bukannya putus dengan skandal. ni putus dengan lelaki yang kita rasa dia memang akan jadi suami kita, yang pernah berjanji akan jaga kita dan kita dah buat persediaan untuk jadi isterinya. awwww. 

gedik pulak rasanya.

but who knows kan? dari kegagalan itulah aku jadi lebih rasional dan matang. Alhamdulillah. ada hikmah untuk segalanya. see now kami dah jadi kawan baik. dia doakan kebahagiaan aku dan aku doakan dia tak bahagia :p ofkos aku doakan dia bahagia.

eh penatlah nak berdendam segala ni. penat hati dan perasaan. kalau redha tu bukan bermakna kita mengalah. cuma taknak hati kita lagi makin parah.

get it?
sekian