Nov 1, 2011

Kerana wanita ingin dimengerti

Hai.
tajuk atas macam tajuk lagu kan. tu tajuk lagu Ada Band. kihkihkih.
suka lagu tu. best.

baru-baru ni aku baca Majalah Remaja. ehem ehem. please la reena. umur dah layak baca mingguan wanita tapi baca remaja lagi. dulu-dulu lah aku suka. tak pernah miss. sekarang dah tak beli dah. cuma majalah remaja tu aku dapat free masa pergi karnival wanita di UM.

so ada satu ruangan tu kan, wartawan tu tanya remaja-remaja sekalian pasal fobia. apa yang buat kita fobia. kalau macam aku, aku fobia katak, fobia tempat tinggi dan fobia tempat tertutup. ada sebab kenapa aku fobia tempat tertutup. nanti aku cerita.

aku baca, ada yang jawab fobia laut, fobia tempat tinggi dan banyak lagi la. then ada satu mamat ni dia jawab macam ni "saya fobia dengan satu awek tak cun yang sentiasa kejar saya. dah lah tak cun, asyik lah mengekori mana saya pergi" macam tu lah lebih kurang. aku tak tipu ok. korang boleh cari dalam Remaja edisi bulan julai 2011. yang gambar depan dia Kamal Adli dengan Yana apa ntah namanya yang bini-biniku gangster tu.

aku macam whattttttt??? kau hensem sangat ke bang? james franco sangat ke muka kau tu bang? terang-terang kan dia memang pandang rendah perempuan yang tak cun. ni mesti budak bawah umur ni. kot ye pon, fobia sangat ke kena kejar dengan awek tak cun? nasib baik la awek tak cun kejar kau? kalau takde awek langsung yang kejar kau, nak dekat kau, tak ke kau loser di situ?

aku memang tak boleh terima orang yang terang-terang mengutuk fizikal seseorang. pada aku, lelaki yang mengutuk perempuan tu hitam lah, perempuan tu banyak jerawat la, minah ni gemuk la ADALAH SEORANG LELAKI YANG TAK MATANG. dan ORANG YANG SERING MENGEJEK ATAU MENGHINA PENAMPILAN SESEORANG ADALAH KERANA DIA NAK MENUTUPI KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRI DIA SENDIRI. noktah. wah, emo kau ye reena.

apalah sangat yang ada pada rupa kalau rupa itu bila tua, di mamah usia juga. memang, sesuatu yang cantik ni mudah disukai, sedap di pandang. macam aku pon, aku suka tengok perempuan yang cantik. ralit lah aku tengok bila ada perempuan yang cantik depan aku.

tapi, semua WANITA adalah cantik. kalau tak cantik di mata kau, mungkin cantik di mata orang lain. mungkin rupa paras dia tak mencapai piawaian yang kau nak, tapi mungkin hati budi dia marveles. mungkin yang cantik tu perangai dia menyakitkan hati. sebab TAK SEMUA ORANG SEMPURNA.

so kemon lah para lelaki sekalian, janganlah suka-suka pandang rendah pada mereka-mereka yang kau rasa tak cantik tu. kalau kau nak kutuk sangat, cuba kau bayangkan kalau adik or kakak kau menangis-nangis datang kat kau dan mengadu si mamat tu mengejek dia. terbakar tak agak-agak hati jantan kau tu?

kat rumah aku, ada sorang budak perempuan ni nama dia Dayang. masih sekolah lagi kot. badan dia memang saiz xxxl la kan. so, bebudak kecik memang selalu ejek dia. tu baru budak kecik. so dimaafkan la. tapi kenapa budak kecik boleh mengejek dia kalau tak terikot apa yang budak besar cakap? so, bila dah diejek, Dayang tu malu nak keluar rumah. tiap-tiap petang dia cuma duduk dalam pagar rumah dia then tengok budak lain berkumpul-kumpul. then geng-geng cantik kat rumah aku tu pulak, memang jenis menonjol la kan. so Dayang rasa rendah diri. ok aku tak tau la pulak apa perasaan dia kan. aku cuma agak je.

ala even sekarang pon kan, kalau aku jumpa sedara-mara mesti dorang buat mata bulat dan terkejot tengok aku semakin "sihat". kadang-kadang tak tanya lagi kabar, ayat pertama keluar "kenapa makin gemuk ni?" "kenapa makin berisi ni". eh, aku gemuk pon tak mintak beras rumah kau la. ni tandanya aku senang hati (padahal, aku kalau susah hati, aku kuat makan. kalau senang hati, aku tak selera makan. serius). so itu lumrah manusia. memang akan nampak fizikal dulu. yela, takkan nak datang jumpa aku then terus cakap "eh, kenapa kau makin baik hati ni lagi penyayang ni, reena?". kahkahkah. sebab dalaman kan kita tak nampak dengan sekali jumpa.

takde semua manusia sempurna. so, janganlah menilai orang dari luaran je. tengok and kenal dulu hati budinya.

jangan dengan ejekan anda itu, menghantui mereka-mereka diluar sana. belajar untuk menghargai ciptaan Allah.

sekian dari saya yang kecik hati,
Reena Franco.

No comments: