Nov 1, 2011

Kerana perkara ni yang paling best buat perempuan termasuk aku la kan. ke aku je?

Hai.
selamat pagi dunia (ayat aku dalam fb ni). malas tengok fb. merajuk.
pagi-pagi ni sampai je ofis, aku terus timbang. timbang apa? timbang berat badan la wey. kat ofiz aku ni ada cermin besar. cermin yang bangsa nampak head to toe tu kan. banyak pulak tu. so dekat cermin tu ada penimbang berat.

nampak tak disitu? cermin besar dan penimbang berat? satu kombinasi yang bagus kan? bila timbang, kalau berat naik, boleh cermin diri anda disitu dan prektis muka menangis. bila timbang, berat turun, boleh prektis muka berlagak anda juga disitu.

dan tadi kan aku prektis muka berlagak di cermin tu. kahkahkah. perempuan kan. turun segram pun dah hepi. ni kan pulak turun 1.2 kg. eh, terbagitahu pulak turun berapa kg. eh, malu nye aiii.

so sekarang, terus feeling tekad di hati untuk turun lagi banyak. banyak dan banyak sampai tinggal tulang. hahaha.

fine la. badan aku ni memang cepat naik dan cepat turun. cuma kena ada usaha la kan.

so, harap jangan hangat-hangat domino's pizza je la kan. kena usaha usaha dan tutop mata.

sekian