Nov 16, 2011

Kerana lemak dah banyak so marilah kita bakar lemak jahat itu.

Hai.
selama ni kan, aku ok je jogging. tapi bukanlah jogging macam orang lain yang beria-ia tu kan. aku akan buat pusingan keliling tasik selama mana yang aku mampu sambil dengar lagu. then ambil pic syok sendiri tak pedulik orang pandang pelik pompuan ni nak jogging ke nak ambil pic syok sendiri. biarlah. prinsip aku, pedulik apa orang cakap.

tapi semalam aku dan darlings aku Sha dan kak dhiya telah men-sedar diri betapa kami perlu membuang lemak tepu yang jahat ni. so, kami ambil keputusan untuk jogging dari rumah kami (presint 9) ke pasar malam (presint 2). hey, jogging tak semestinya kita berlari kan. ianya boleh jadi kita berjalan laju. so itulah yang kami buat.

balik kerja semalam, zasssss aku bertukar baju.
6.15 baru start jog sebab ialah, menunggu kak dhiya bersiap *muka bosan*. hahaha.

ok, kita start dengan muka minah ni yang semangat nak bakar lemak jahat itu.

Sha bawa kamera. ehem ehem. minah ni dah mula minat dengan potograf2 ni. weh, larat lagi kau bawa kamera gabak kau kan. aku kalau boleh nak lenggang kangkung je. henfon pon aku malas bawa. kalau boleh. tapi mana boleh tinggal henfon. macamana skandal-skandal aku nak mesej aku? muahahha. bajettttt.


so korang faham kan kenapa sesi bakar lemak ni diadakan? adalah untuk membuang lemak jahat itu. sob sob sob.



ini bukti ok aku jog. muahaha. kecoh. heh, ni bukti untuk orang kampung aku ni.


tetiba ternampak pelepah ni jatuh menghadang jalan. so, mari kita sepak dia ketepi.

di jambatan. huwaaa. aku gayat nak pandang belakang

hoyeah hoyeah. dah nampak jambatan ni. maknanya destinasi hampir tiba. 

ok, pic pasar malam takde sebab sha malu nak keluarkan kamera. so belum lagi boleh jadi pro kau ni sha. seorang photog yang pro takkan malu nak ambil pic di mana saja. hahaha. macam tu juga blogger. eh.
so kat pasar malam tu asal ada je salah seorang antara kami nak beli makanan mesti yang lain kata "kalori, kalori". tapi aku tetap tak boleh tahan nak beli tongkeng ayam. mana boleh tak beli. favret kata kau.


eh, ni menambah lemak ni kan.

well, jambatan ni memang selalu lah ada orang lepak. nama jambatan ni jambatan wawasan. eh yeke. aku tak sure la. nampak sangat tak alert. huhuhuhu.
choi je lelaki dua orang yang lepak belakang kitorang tu.














jambatan ni bertukar-tukar lampu. ala, korang dah tau kan saja je aku nak bagitau lagi :-)



ya Allah, tombamnya den.


nak ambil pic ni setengah jam baru menjadi.


belakang tu masjid besi. 








tapi sebenarnya, aku dan adik aku Farah memang selalu buat kerja ni. kitorang akan jalan kaki dari rumah aku sampai la kitorang penat. tapi seronok kan. sambil jogging, aku dan farah akan berborak macam-macam. then berhenti ambil pic. then pemandu lori hon kuat-kuat. sangat choi ok. dah la hon kuat pastu nak hon-hon pulak. lempang kang.

pernah sekali kitorang jogging, ada budak baling mercun.
bangang betol.
aku punya lah menjerit.

tapi bila lama tak jogging, ada lah seorang brader ni tegur aku kenapa lama aku dan farah tak jogging.
aku macam, eh aku kenal ke kau.
dia kata dia kenal aku sebab hari-hari nampak aku dengan farah jalan kaki kat jalan raya.
so sesiapa yang lalu jalan Karak-Kuantan lama, kalau nampak aku tu, singgah-singgahlah bagi air mineral.
ahaksssss. poyo.

tapi tu la. 
dah lama tak jogging macam tu sejak kerja kat sini 2 tahun dah.
ingat nak start semula lah. *muka semangat*

ok cerita semalam semula.
bila dah relax sikit, kitorang teruskan misi untuk balik. time tu dah pukul 8 dah.
sambil jalan kitorang menyanyi sambil pasang lagu dari henfon.
macam-macam lagu la kitorang nyanyi.
orang lalu lalang mesti pelik.

then, bila dah dekat sampai rumah, kitorang decide nak lepak kedai dulu pekena teh o panas.
wah tak mudah kan.
tak reti penat kan.
badan dah berlengas.
ada hati nak melepak lagi.
tapi takpe.
kita layankan je.
ohya, ni nak cakap sikit. jangan malu dengan apa yang kita ada.
tapi ingat, kita boleh berubah kalau kita nak.
tapi berubah dengan cara semulajadi.

sekian.

No comments: