Nov 21, 2011

Kerana Jumaat Sabtu Ahad aku yang bermacam-macam ragam

Hai.
Salam Isnin semua!!! wah, penuh semangat. yelah, hari ni kan ada bola. mestilah kena semangat sambil buat tarian ombak tanda sokongan pada Harimau Muda kitewww. jumpa lagi dengan Indonesia. Indonesia bisa? Bisa kalah deh. ok,jangan berlagak, nanti kecewa.

Jumaat 18.11.2011

maka jumaat itu aku telah pulang ke karak. kecoh kan. ok fine fine. macamkan aku sorang je kan ada kampung. then, bila nak naik LRT dari bandar tasik selatan, aku beli lah tiket macam biasa la kan. dengan muka poyo sebab penat, aku berator. "titiwangsa". itu je yang mampu aku cakap. then aku dah macam pelik apasal minah kaunter ni tak bagi kad lrt tu tapi dia bagi cip. ok aku buat muka cool lagi. then, bila aku nak melepasi pagar tu aku dah macam "ish, celah mana aku nak letak cip ni". mungkin lah muka blur aku tu nampak sangat, maka guard kat situ tunjuk kat aku caranya. oh macam tu. ok ok. LRT sudah maju tapi aku masih lagi tak maju-maju.



sempat lagi aku snap pic ni

so macam ni la ghupenya cip tu yang telah men-jakunkan aku. so, bila dah sampai stesen LRT titiwangsa, aku pon letakkan la cip tu kat scanner tu. tapi tak boleh buka juga pagar tu. try lagi still tak boleh. oh shot,  macamana ni. kat belakang aku ni ada sekumpulan budak lelaki kolej kot sebab muda-muda lagi. then budak belakang aku tegor "kak, bukan scan kak tapi masuk macam dalam tabung tu" sambil gelak-gelak dengan member dia. cinabeng betol la kan. aku pandang budak tu dan cakap "ohye? first time" sambil buat muka kerek. eh, dah kena tolong still buat muka kerek kau kan reena. tapi bukan kerek tapi sebab dah malu.

kan bila dah sampai stesen, kita masuk kad then kad tu dah kena telan kan? same goes la dengan cip tu. buat apa nak ambil lagi. terasa darah naik ke muka. malunya makkkk. macam nak sorok muka dalam bag rasanya.
that's why aku tak suka teknologi bagai ni. sebab aku kan kampungan. bila dah salah, terasa malu sangat. eh, tapi kalau tak salah, macamana kita nak belajar kan?

bila sampai plaza pekeliling, aku rasa bangga sangat sebab tak ramai orang yang nak balik bentong. ada la dalam 3-4 orang termasuk aku. tapi bila bas sampai, ambik kau, entah dari mana datangnya manusia ni semua, tiba-tiba ramai macam semut hurung gula. aku macam eiii mencik mencik kenapa aku tak boleh feeling feeling tenang macam bas ni abah ada syer. 

then dalam berebut tu (ekceli taklah berebut sangat pon but kau tau la kan orang besar naik bas macamana. budak tadika lagi behave), ada pakcik warga-you-know-who tu himpit-himpit aku. aku macam "watdehell" kau nak himpit aku padahal banyak lagi space kosong. dia himpit lagi belakang aku. kali ni aku dah tak bagi can, aku siku dada dia kuat-kuat. padan muka. kalau nak feeling sedap, cari sebangsa dengan kau. bukan aku. then aku pandang dia sambil buat jelingan maut. tau pulak dia takot sambil tunduk. nasib je aku tak sepak kau, kalau tak mati pucuk selama-lamanya.

tiba-tiba aku teringat member aku pernah kena macam ni tapi lagi teruk. dalam bas masa kami nak outing ke sogo. yelah, masa belajar kan, feeling nak enjoy je. lepas kelas terus nak ke sogo. warga-you-know-who jugak yang buat menda cilaka ni. boleh pulak sampai basah dia feeling sedap dengan member aku tanpa member aku sedar. eii, jijik aku bila teringat. terus mati mood nak shopping. tapi 30 min je la mati moodnya. masuk sogo hidup balik mood tu. aku tak faham la dengan jantan spesis macam ni yang kat mana pon nak feeling sedap. bodoh. bangang. bayangkan, aku pakai baju kurung and tudung ok. bukan pakai seksi. kau nak himpit-himpit apahal? yang member aku tu pon pakai baju kurung masa dia kena. eii, pakai baju kurung pon tak selamat. apatah lagi kalau yang pakai seksi kan.

ok, jangan marah-marah. hari isnin kena ceria.
mari ceriakan hari kita dengan pic-pic model ni. ya, tolonglah lempang saya :-)
pic ahad.



mata kiri aku merah sebab terkena eyeliner. choi betol









motip letak pic adik aku syera sebab nak cerita. pukul 5 pagi ahad dia mengadu sakit pinggang. then puaslah pulak abah dan ibu pergi hantar spital. cek darah and air kencing rupa-rupanya ada batu karang. then kitorang pon booo booo dia sebab muda-muda dah kena batu karang dan dia pon malu. get well soon, adik. umur dah 19 pon panggil adik lagi padahal yang bongsunya faez pon dipanggil adik.

sekian.

No comments: