Nov 15, 2011

Kerana jangan jadi hamba perasaan.

rasa kasihan yang mendalam.
ianya datang dengan tiba-tiba.
kasihan pada orang itu.
kasihan pada orang ini.


datang pula perasaan malas.
walhal aku tahu semangat itu ada.
tapi entah kenapa malas menguasai segalanya.
malas buat itu.
malas buat ini.


bertandang pula perasaan dengki.
dengki dengan orang itu.
dengki dengan orang ini.
kenapa dia sedikit sempurna.
kenapa dia miliki segalanya.


menjengah pula perasaan cemburu.
cemburu orang kata tandanya sayang.
maka, sayangkah aku padanya?
cemburu dia dengan dia.
cemburu aku cemburu dia.


menghalau perasaan ego.
ego tetap ada walau diri kata tiada.
mana pernah hilang.
kau buat salah.
tapi kau kata tidak.
aku ego.
kau ego.
akhirnya tak kemana.


menanam pula rasa kasih.
pada dia.
tapi dah cuba.
kasih tak tumbuh jua.
biar saja lah ia macam itu saja.


cinta pula terkedek-kedek datang.
aku pula dah tak reti duduk diam.
ah, cinta memang selalu begitu.
hadir tanpa diundang.
pergi tanpa dihalau.
cinta aku.
cinta kau.
cinta dia. 
kau cinta?


ah, manusia.
mana pernah puas.
takkan pernah sempurna.
biar cuba 1000 kali sekali pon.
takkan nak sesempurna mana.


duduk saja diam-diam.
supaya orang tak benci kau.
dan kau tak benci orang.
jangan cipta dosa yang dah sedia ada.
kurangkan dosa.
tambahkan pahala.


ah, kau reena.
menasihati orang pandai.
eh, siapa kata aku nasihat orang?
aku tujukan apda diri sendiri.
aku nasihat diri sendiri.
aku mengingati diri sendiri.
moga aku tak lupa.
aku ini cuma insan biasa.
tak lari dari menjadi hamba perasaan.
wah, sungguh klise dan stereotaip.
tapi itulah aku.


sekian.

2 comments:

yen(toka ziizokukuto) said...

nice enty la,,,,best je baca:),,salam kenal ye

Reena Kamarudin said...

salam kenal. thanx ya :-)