Oct 6, 2011

Kerana terkadang terkhilaf itu biasa. cewah

Hai.
Tajuk macam serius kan. memang. serius ni.
hmm. kau pernah buat salah atau buat something yang salah? masa buat tu rasa macam tak salah. tapi bila nak tidor, mula lah berfikir sebenarnya memang salah. dan kau pon rasa insaf lantas mengambil wuduk dan memohon keampunan dari-Nya. serius ni. mesti pernah kan. as a muslim kita percaya Allah itu maha pengampun. tapi jangan la sebab DIA maha pengampun maka kite keep repeating buat perkara yang salah. we learn from mistakes right? dari kesalahan, kita tau apa itu kebenaran. dan dari situ kita belajar untuk jadi dewasa dan matang. wah, macam bukan reena je yang menaip ni. ok, ni Dato Fadzilah kamsah ni.

macam aku kan, aku memang nakal. tapi bukan lah nakal yang memudaratkan diri. kadang-kadang aku degil. tak dengar cakap ibu, tak dengar cakap abah. kadang-kadang pemalas (ok, ni tipu) aku rajin. ok, tipu. aku kengkadang pemalas. adik-adik aku yang rajin.

ada tak something yang boleh buat kau insaf bila kau dah buat salah? kengkadang kita insaf bila something bad berlaku pada kita. kengkadang dengan mendengar nasihat orang pon kita boleh insaf. dengar ceramah agama pon boleh sedar dan menangis teresak-esak. apatah lagi mendengar lagu Maher Zain InsyaAllah. maka menangis la kau di katil mendengar abang Maher menyanyi. kalau aku caranya lain. jom tengok sama tak dengan korang.



1. tengok ibu.

baru-baru ni, masa ibu hantar aku ke bustop bentong, aku tengok je muka ibu. aku rasa insaf sangat-sangat. betapa wajah itu dah tua. mungkin dah penat mencari rezeki. tapi kerana dia seorang yang tabah, dia masih bekerja walau aku dah berapa kali pujuk dia supaya pencen. ibu ada dua orang adik beradik. pada tahun 1996 dia kehilangan ayah dia yakni atok aku. then tahun 2005 kehilangan mak dia. then satu-satunya adik dia 2 tahun selepas tu. then anak dia pulak pergi iaitu abang aku. ibu pernah cakap, kalau dia tak kuat iman, dah lama dia jadi gile sebab semua orang yang dia sayang tinggalkan dia. that's why aku kata, ibu sangat tabah. wah, tibe-tibe buat ayat tacinggggg. nasib baik ibu ada abah yang sangat penyayang. dan anak-anak yang juga penyayang. ehem ehem. aku la tu. kuang3.

so aku tau, kelemahan aku adalah ibu. melihat muka ibu, aku jadi sayu dan insaf. dan aku tau, ibu adalah salah satu benteng aku untuk tidak buat perkara yang salah. kau pon kalau rasa nak insaf, pergi la mengadap muka ibu kau. tapi jangan sampai dia perasan. nanti risau pulak dia kenapa lah dengan anak aku ni. ibu kita kan suka risau tak bertempat. nama pon ibu kan. nanti kau jadi ibu, kau tau lah.

so guys, kalau kau ada niat nak buat menda jahat atau nak membelakangkan family, fikir lah ibu kita dulu. bayangkan muka kecewa dia bila dia tau apa yang kita lakukan. jangan lupa cium ibu kita tanda kasih sayang kita pada dia. ibu, i love u!



2. tengok abah.

tengok abah kau time dia makan. gerenti kau akan rasa insaf. aku memang tak boleh tengok abah aku makan. as if itu adalah makanan terakhir dia. bukan aku mintak. aku nak dia panjang umur. Amin. tapi cuba kau bayang kan, sesuap nasi itu adalah dari hasil titik peluh dia. kau tak rasa kesian ke? abah aku pesara kerajaan. so sekarang aktiviti dia adalah berkebon. menanam pisang dan getah di tanah dia di kampung. petang pulak dia akan main badminton di dewan sekolah cina karak. nampak macam mudah kan?

tapi seorang ayah takkan cerita pada anak dia tentang kesusahan yang dia alami. ok la, kalau ada pon sebab nak bagi pengajaran kat anak dia. anak lelaki selalunya kurang rapat dengan ayah, betol tak? orang lain tak tau lah. tapi dulu arwah abang aku dengan abah memang jarang bercakap. bukan sebab apa, sebab abang aku ni pendiam sikit. bercakap pon macam robot dengan abah. aku macam, ek eleh, gini gaya ke lelaki express feeling dia? tapi aku memang rapat dengan abah. siap boleh buat lawak lagi. then aku suka picit belakang abah. dan everytime aku nak balik putrajaya, aku takkan lupa cium pipi abah. adik-adik aku yang lain pon sama. sebab dah terbiasa. dan bila nak tidor memang abah akan ucap selamat malam kat anak-anak dia. itu adalah rutin harian.

so how can kita boleh mengecewakan lelaki yang sangat istimewa dalam hidup kita ni? lagi istimewa dari teman lelaki lagi istimewa dari artis favret. jangan membelakang kan dia bila kau dah ada insan istimewa. dan ingat muka dia tiap kali kita rasa nak buat keputusan yang salah. i love u, abah!


3. kekurangan orang, kelebihan kita

manusia ni memang tak pernah puas. betol tak. bila dah cantik, nak lagi cantik. bila dah kaya, nak lagi kaya. ok, usaha itu bagus. tapi jangan lupa pada yang kurang. bila kita rasa kita tak sempurna, ada lagi yang tak sempurna. bila kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih susah dari kita. macam tu takkan tak dapat rasa insaf lagi? kalau aku yang berjiwa sentap ni, bila tengok yang kurang nasib baik, cepat je rase insaf tu timbul. walau kengkadang, time tu je insaf. tapi bile kita ade kesedaran bermakna kita memang boleh lagi ubah diri kita to be a better person. aku bukan lah orang terbaik untuk tulis menda-menda macam ni. tapi nama pon blog personal aku kan. so tak kira la apa yang aku tulis kan. hek3.

bersyukur la dengan apa yang kita ada. bersyukur la dengan kesempurnaan kita. dan jangan la suka membazir (ni untuk aku). pakai la henbeg tu sampai di jahanam, reena. huk3.


4. scan segala kesusahpayahan mak ayah

kau ingat senang ke nak membesarkan anak-anak? ye, aku takde anak lagi so aku tak tau. tapi takkan lah kau tak dapat bayangkan kesusahan mak ayah kau dalam membesarkan kau? penat lelah mereka. pernah ke kita hargai? tau tak, kalau kita bagi even RM10 pon dari gaji kita pada mereka, mesti mereka dah terlalu bersyukur. ni kan pulak kita lagi menghargai dengan cara yang lebih baik. mak ayah mesti tak minta banglo sebiji atau honda odyssey sebuah dari kita. (kalau ada aku tak tau lah kan). mereka cuma mengharapkan kita menghargai mereka atas apa yang telah mereka lakukan pada mereka. bila kita bayangkan kesusahan mereka, tak insaf lagi ke?

bila tengok abah berpeluh-peluh balik dari kebon, terasa macam cukup-cukup lah aku melukakan abah. kalau ada lah. tapi kalau nampak abah berpeluh-peluh selepas main badminton, kena cepat-cepat lari sebab dia suka campak baju dia yang basah lencun tu kat muka aku dan adik-adik. maka menjerit-jerit lah kami.

tengok ibu balik kerja, walaupon dia penjawat awam macam aku, aku rasa cukup-cukup lah dia bekerja sebab aku dan adik-adik aku dah bekerja. boleh bagi duit. tapi itulah, orang tua kan, bila dah terbiasa buat kerja, mane nak stop nya.

janganlah melukakan mak ayah kita. kalau terasa seolah-olah mereka tak sayang kat kita, jangan nak buat drama samarinda pulak. takde mak tak sayang anak. takde ayah tak kasih pada anak. yang buang bayi tu bukan mak ayah. tu binatang.


5.kesusahan diri sendiri

ni bukan berkenaan orang lain. tapi diri kita sendiri. cuma diri sendiri. dalam kita meniti usia, cewah, tentu kita ada rasa kesusahan yang cuma kita sorang je rase kan. macam seolah-olah orang lain dalam dunia ni beku dan cuma kita je yang bergerak. seolah-olah masalah tu hanya kita je yang hadapi. selama 20 tahun, 25 tahun kita hidup ni, cuba fikirkan berapa banyak halangan, kesusahan, masalah yang Allah timpakan pada kita untuk meguji kita. dan berapa banyak yang kita dah selesaikan dan menarik nafas lega? bila kita dah senang. jangan lupa masa susah kita. itu pon cara yang boleh buat kita muhasabah diri.


6. musibah menimpa orang lain.

aku pernah rasa si A ni hidup dia complete. takde cacat cela. tapi tup-tup, banggggg, something worst happened to her. so, did i learned something from that? the answer is yes. aku belajar menghargai hidup aku. aku belajar menginsafi diri di atas musibah yang menimpa orang lain. with that, aku jadi lebih bersyukur dan tak terlalu memuja kesempurnaan orang lain.

so guys, i am so sorry dengan tulisan aku yang panjang berjela ni. just that, aku mau share apa yang aku rasa sekarang. sebagai insan biasa, aku dan kau tak lari dari melakukan kesilapan terutamanya kepada mak ayah kita. juga kepada Allah. itu yang pasti. sayangi lah mak ayah kita selagi mereka masih hidup ni. so that kita takkan menyesal di kemudian hari.

fine, fine. aku memang sentimental sikit hari ni.

sekian.

5 comments:

faizal mohd said...

sangat sangat menyentuh jiwa la entri ni. Aku teringat mak ayah aku kat bentong la pulak. Arghh!!! cam nak nanges pon ada. :'(

Reena Kamarudin said...

ok. jum nanges same2. hehehe. entah, tibe2 aku rase tacing sangat2 bile pk ibu n abah aku. huhuhu

Anonymous said...

adeyh2..
sedeyh2 ...

|ardani| said...

smile2 :)

Reena Kamarudin said...

lelaki ini: hehehehe.

safwanahsedek: smiling back to u
:-)