Oct 10, 2011

Kerana segala yang kali pertama itu memang indah

Hai.
selamat pagi dunia.
hari ni agak monday blues la. or black monday. almaklumlah, senin katanya. nak-nak pulak tadi masa gosok baju era fm putarkan lagi the lazy song-bruno mars. aduh, macam nak sambung aktiviti tidor je rasanya.

apa perkara kali pertama yang paling best dalam hidup korang? jangan jawab malam pertama ye, aku lempang kang. eh, takde pon yang nak pikir malam pertama, reena. kau je yang pikir. sori, terover. hehehe.

tapi ada jugak kali pertama yang tak best untuk dikenang kan? macam contoh, aku kena naik bus balik karak kali pertama setelah bertahun-tahun aku tak naik bus. menangis you all i dekat KL sentral. ye, aku tau aku ni lembik. tapi tu dulu. cer kau suruh aku pergi Kluang sorang-sorang sekarang, takde hal la babe. naik keretapi lagi tu. ok, tu pertama kali yang paling indah la buat aku-jalan sensorang sejauh Kluang. eleh, kluang je pon. itupon nak kecoh kan. eh, kau ingat kalau kau berbapa kan Encik kamarudin, nak dia lepaskan anak perempuan dia jalan sensorang jejauh? nehi ok. nehi.

so, pagi ni, aku dah buat sesuatu untuk pertama kalinya dalam hidup aku. aku tak pernah buat menda ni. nak tau tak ape. hehehe. malu lah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-










tepuk dulu pleaseeeeee. heheh. aku kan dah kerja 2 tahun kat sini. dah 2 tahun jadi anak perantau (laaa sangat) kan. tapi aku tak pernah bangun pagi masak brekfes bawa bekal pergi kerja. tapi bile tengok adik aku bawa bekal pergi kerja and then kawan aku si Linda tu pon bawa bekal, aku macam 'eh, teringin la nak bawa bekal". lagi pulak boleh jimat duit ooo. sehari kat sini boleh habis dalam RM10. kalau 5 hari? baik aku beli kasut. muahahahaha

kau tau tak, beras 5kg aku beli berbulan bulan tak habis sebab asyik tapau tapau je. tapi semalam kan, tetibe je aku rajin. so ahad semalam aku pergi kedai cari barang. makanya, aku cari perencah nasi goreng sampai setengah jam sebab aku rambang mata nak pilih yang mana. ada macam-macam perisa rupanya. ada perisa nasi goreng ayam, ada nasi goreng tomyam. tapi aku pilih yang aku suka la iaitu nasi goreng ikan bilis. aku beli bawang kecik dalam 10 ulas. aku beli cili kecik. tapi lupa beli garam. nasib baik ada garam kat rumah.

pagi ni bila kakak-kakak opiz nampak aku bawa bekal semua cakap "reena bawak bekal ooo" "macam tak percaya ooo". oh sangat choi.

ok, aku nak pergi makan jap.

sekian

3 comments:

faizal mohd said...

phewwiiittt..mintak sikit.
btw, cawan ko tu sangat menggoda la. hahaha :)

Reena said...

cawan tu beli kat avon pic fazura. ehem2. aku kan suke fazura. heheeh.

Serigala Maroon said...

terbaikkk :D