Oct 12, 2011

Kerana perkara ini lah yang buat wanita tak keruan/tak duduk diam

Hai.
Rabu yang indah mungkin. atau tak indah. mana-mana je lah.
i have to say that, (wah, skiping london y'all), jadi seorang wanita bukan lah mudah. sebab wanita ni kata nya, complicated. betol ke? wanita susah nak di fahami. betol ke? as a woman, i should say, yes. kami, kaum wanita adalah istimewa. memang kami complicated tapi kami ada keistimewaan yang takde pada lelaki. pendek kata, wanita adalah ciptaan terindah di muka bumi ini. pendek la kata, panjang tak kata apa-apa, panjang duduk diam je. kahkahkah. ni lawak Johan Rajalawak semalam kat tv3 ni.

kembali ke tajuk di atas, wanita ni banyak menda nak difikirkan kan? dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar alam. dan apakah perkara yang buat wanita tak keruan atau tak boleh duduk diam. ni yang aku boleh list kan dari pengamatan aku la.


1. Sales

wanita mana yang tak suka sales? bagitau sikit. mungkin adalah yang tak suka. but mostly, suka. betol tak. bila baca ada sales di paper, web dsbnya, malam dah tak tidor lena ni. asyik terfikir je. "ada sales kat paksong, u know" bagitau member ofiz. dah, terus tak boleh buat kerja. terbayangkan handbag, kasut yang ada kat paksong. macam ada yang tak lengkap je selagi tak jejak kaki ke mall tu.


2. Ayat tergantung.

wanita paling benci when someone says, selalunya lelaki la " awak tau tak....hmm, takpelah. lupakan". benci tau tak. sebab wanita akan asyik terfikir apa yang kau nak bagitau aku sebenarnya ni? alamak, nak tidor pon dah tak lena. dia nak bagitau apa? nak bagitau aku cantik kah? nak bagitau aku selekeh kah? so, please habiskan ayat anda. jangan biarkan wanita rasa macam dia digantung tak bertali.


3. Bila ditenung/renung (tak tau mana yang betol)

fine. wanita akan gelisah/tak keruan bila ditenung seseorang. apa kes kau tenung aku? kau minat aku kah? atau kalau wanita tenung wanita? ok tu serrram. les kah? wanita ni takde lain, bila ditenung lelaki, maknanya lelaki tu minat kat dia. kalau ditenung wanita lain, maknanya, wanita tu sedang scan apa yang di pakai olehnya. and yes, tenung orang itu satu perbuatan yang RUDE.


4.  Senyuman dari orang yang diminati.

wanita bila dapat senyuman dari orang yang dia suka, mula lah tak keruan, tersipu-sipu malu. then 5 minit selepas tu, satu fesbuk tau yang dia dapat senyuman tu "your smile is killing me"-status dalam fesbuk. eh, macam kenal je status tu. then bila jumpa member, "ohmaigod,ohmaigod! dia senyum kat aku. ohmaigod! aku rasa nak pitammm. ohmaigod, cutenya dia"


5. Ditegur tentang fizikal/penampilan

jangan kau sahaja-sahaja tegur tentang penampilan awek/bini kau bila kau dah keluar dengan dia nescaya, dia takkan fokus dah kat kau. "baju sayang ni tak sesuai lah dengan sayang. tak cantik".ha, sampai ke sudah la dia asyik tanya "betol ke,darling? betol ke baju i tak ok?" sambil tarik muka. dan sampai ke sudah la dia tak reti duduk diam. kejap-kejap ke toilet menangisi ketidak-cantikkan dia pada hari itu.
and bila wanita ditegur dia makin gemuk atau ada jerawat. lagi lah dia tak keruan.


6. David Beckham

ok, ni aku je yang tak keruan. nextttttt


7. Bruno Mars

ok, ni mungkin aku juga.



Wanita adalah anugerah terindah yang minta dilindungi, bukan disakiti.

sekian.

2 comments:

faizal mohd said...

ok! boleh jadi guideline ni. HeHe. :)

Reena Kamarudin said...

hehehehe. sila lah belajar.