Oct 10, 2011

Kerana kamu lelaki yang teratas di hati aku

Hai.
hari ni aku macam tak sedap hati. aku cuba cari apalah penyebabnya. puas aku cari. then, tergerak hati nak telepon ibu. so, nah! dah dapat jawapan. ibu cakap, abah tak sehat.

so, anak mana yang tak gelisah bila orang tua nya tak sehat? rasa macam nak terbang balik Karak time ni jugak. tapi ibu kata "dun wori bebeh".

ok tipu. ibu tak cakap macam tu. macam biasa lah ibu. ayat yang selalu keluar dari mulut ibu "jangan risau la, takde apa-apa. kakngah jaga diri baik-baik".

tapi yang aku gerrram tu, abah taknak pergi klinik. sebab alasan tak suka. alasan takot. eii, nak berleter kang, aku jauh. tapi aku memang selalu berleter kat abah. hehehe. dia dengar sikit cakap aku. cakap ibu memang tak dengar apatah lagi adik-adik. ibu dan adik-adik memang suke pergunakan aku. kalau nak ajak pergi pasar malam time abah penat balik dari main badminton, mesti jual nama aku.

"abang, anak dara awak ajak ke pasar malam" ibu jual nama aku
"abah,kakngah kan, dia nak ajak makan luar" adik-adik jual nama aku

apa-apa yang dorang nak mintak mesti guna nama aku. ibu selalu suruh aku mintak bagi pihak dia
"awak mintak senang dapat. abah dengar cakap awak". ewah ewah. satgi aku yang kena marah mintak bebukan.






ni lah abah kitewww yang takot nak makan ubat dan pergi klinik tewww. nampak garang dan gagah perkasa tapi, aduhai. abah, abah. tunggu kakngah balik jumaat ni. semoga cepat sembuh, abah. i miss u and i love you so much.

sekian

6 comments:

Anonymous said...

abah oh abah..... :)

Reena said...

ye, abah kitewww :-P

faizal mohd said...

alamak, sama la. semalam kakak aku mesej ckp kaki bondamu terpeleot. dah la 14hb bondaku kena buat pembedahan mata buang katarak. jadinya khamis ni nak balik.

btw, macam garang je abah ko. takut!!! :)

Reena said...

semoga bondamu tak apa-apa :-)
kita jauh kan, tu yang risau sangat2.
abah aku nampak je garang tapi ok je. hehehehe

Crew Fathi said...

=)

Reena Kamarudin said...

crew fathi: ;-) smiling back to u