Oct 19, 2011

Kerana jodoh dan cinta hadir tanpa diundang

Hai.
see the tajuk tu? maknanya ni entri jiwang. so bila dah jiwang maknanya serius. so, pada sesiapa yang tak jiwang, jangan baca. kalau baca dan termuntah, sila lah tanggung sendiri. 

ok, let's talk about jodoh. jodoh ni kita tak boleh beli di kedai runcit mutusamy. tak boleh nak pergi dekat mutusamy dan mintak "uncle mutu, bagi jodoh sekilo. ikat elok-elok nanti terlepas". tak boleh. jodoh tak boleh di lihat. contoh bila kau jumpa Remy Ishak, terus cakap "oh yeah bebeh, kau lah jodoh aku". tak boleh. jodoh jugak tak boleh di jangka. berkapel 15 tahun, tapi nikah dengan orang lain. so, tak boleh di jangka.

cerita jodoh pertama

masa aku studi dulu, aku satu bilik dengan minah sabah ni. panggil dia Tity. atau kengkadang aku akan meng-arab-kan namanya jadi Tityun. masa satu bilik,dia katil atas aku katil bawah, aku memang ngam lah dengan dia. partner in crime aku la ni. partner tengok vcd sama-sama. then satu hari yang hening (laaa sangat) she came to me and said "sowell nak berkenalan dengan aku". ok that guy memang nama sowell. kalau tak silap aku namanya shahid sowell. sowell is his family's name. bila tity bagitau aku macam tu, aku macam "whatttttt". terkejut mak,nyah. yup. seperti kebanyakan student lain, gosip is the best thing ever bila time tunggu lecturer masuk. dan aku telah dipadatkan dengan cerita yang sowell ni bla bla bla here and there. so, aku bagi lah kata-kata yang selayaknya aku bagitau.

then, cuti semester. aku di Karak time tu bila Tity mesej aku dan bagitau " aku akan bernikah dengan sowell pukul 3 petang ni". aku yang masa tu tengah tengok tv, memang sangat terkejut. kenal tak lama. tapi dah nak bernikah. but yes. sebagai kawan baik, aku gembira dengan apa yang dia pilih. and now dia dah ada dua orang anak yang comel. sangat comel. 

apa yang aku nak bagitau adalah, jodoh tak dijangka. kau ke kelas, jumpa dia hari-hari tapi tak pernah terdetik dia adalah jodoh kau. but bila Allah kata terjadi, maka terjadi lah. dan seingat aku, Tity tak pernah bercinta sebelum dia nikahi sowell. see, manis kan cerita dia. bila dia masih muda tapi Allah temukan dia dengan jodoh yang tidak di sangka-sangka. oh ya, Tity ada blog. sila lah lawat dia di sini.

Cerita Jodoh kedua

masih kawan aku. nama kan dia sebagai Linda. memang Linda pon namanya. ok. Linda bercinta dengan lelaki  ni. namakan sebagai Angah. kapel bagai nak rak. tapi akhirnya putus atas kesilapan masing-masing seperti yang Linda cerita pada aku. lama juga la dia putus dengan angah dalam 2 tahun macam tu. selepas putus Linda ada kenal dengan beberapa orang lelaki. tapi katanya, hati dia tak terbuka untuk bercinta. cuma untuk mengubat hati yang lara (wah, lirik lagu mana kau ambil ni, reena). then, suddenly. jeng jeng jeng. Linda bertunang. cer teka dengan siapa? dengan Angah. dan sekarang dah nikah pon. ni lah baru dikatakan, kalau kita sayang kan dia, lepaskan dia pergi. kalau dia memang untuk kita, dia akan kembali semula pada kita. 

kehidupan ini adalah mencari. kita mencari hala tuju. kita mencari cita-cita, kita mencari siapa pasangan sejati kita. dalam pencarian, mungkin kita akan kecewa. ada orang, dia tak payah cari pon, jodoh dah datang depan dia. ada yang cari bagai nak rak, namun jodoh still tak datang. terpulang pada kita lah, nak cari atau tak. 

as for me, aku lalui hidup ini seperti biasa setelah cinta lalu tak berjaya. tapi aku tak membenci dia. kami masih berkawan. aku takkan membenci orang yang pernah membahagiakan diri aku. aku terima sebagai takdir dan fikir semua ini ada hikmah. dan hikmah tu aku dah rasa. 

oh ya, bulan sebelas ni dua orang kawan baik aku akan mendirikan masjid. Siti Hawa Mohd Zainudin dan Rozidah Ruslan. so here. Rozidah yang berperangai brutal-habis-semua-orang dia nak lempang akan menjadi seorang isteri. i wonder macamana dia ada anak nanti. adakah dia akan lempang anak dia kalau anak dia tumpahkan air? we'll see.

oklah. nak cari jodoh kejap. eh, cari makan untuk lunch.

sekian

No comments: