Oct 8, 2011

Kerana diari hatiku

Hai.
ohya sebelum aku merepek merapu meraban aku nak bagitau satu menda ni. ingat tak aku buat entri pasal cerita semalam semalam aku tu. Yus and Yasin tu kan? well aku nak bagitau ni, kami masih berkawan sehingga sekarang. dan mereka ada datang Putrajaya ni lepak mamak dengan aku. Yus datang bawa adik dia. lelaki jugak. sebaya aku. bila jumpa adik dia, terus aku cakap ek eleh aku kenal la mamat ni. rupa-rupanya adik dia tu kawan sekolah rendah aku. muahahaha. what a small world. jumpa semula dengan budak jahat sekolah karak. jahat wey. tapi sekarang jadi Polis. oh apakah weh? dah la anti perempuan kononnya. macam hebat je la kau tu nak anti-anti perempuan segala. lepas tu bila dah jumpa ni, menggelabah suruh aku cari awek untuk dia. eh, kata anti kan. tak payah kawen la wey. hahahaha. choiii.

masa sekolah rendah, aku pon nakal la jugak. darjah enam. tapi kononnya dah besar sangat la tu kan. aku ada geng. Farah Kimi, Ijah, Mas, Faizah dan aku. kami berlima ni boleh la kate nakal jugak lah. tapi kalau kat rumah, aku geng dengan faizah dan sorang lagi nama Farahwahida. sebab rumah faizah dan farahwahida dekat dengan rumah aku. pergi mengaji sama-sama. mula-mula masa kecik ikot je peraturan. elok je pergi mengaji. last-last bila dah masuk darjah 6 kira dah otai la tu kan, ponteng mengaji. pergi je ke surau tapi tak mengaji pon. kesian atok sudin (yang ajar mengaji tu. sekarang dah arwah). merajuk dia dengan kitorang. lepas tu masuk kebon cina curi jambu. tau pulak takot menyorok bila tokey kebon tu datang.

kat sekolah, aku dan geng aku minat giler kat Backstreet boys (BSB). siap tukar nama lagi ke nama BSB tau. aku= A.J, Farah Kimi=Nick, Ijah=Kevin, Faizah=Howie D, Mas=Brian. ianya di pilih berdasarkan bulan lahir. Kevin paling tua kan, so Ijah lahir bulan satu dapat Kevin. macam tu la. bila tulis biodata je mesti sain tulis nama BSB. seludup-seludup poster la. bawa kaset la. lepas tu gaduh dengan geng darjah 5 yang juga bajet bagus. kitorang panggil budak darjah 5 tu "gangster village" atau gangster kampung. beli makanan kat kantin tak mau beratur. siap potong line lagi. lepas tu tak bayar. oh apakah? kau makan makan haram tau, reena.

tapi yang pelik kitorang dipilih murid target UPSR. terpampang je muka kitorang kat papan kenyataan sebab kononnya akan dapat 5A untuk UPSR. kitorang kelas pertama. ada sekali kelas tambahan matematik petang. punya lah kitorang malas sangat nak attend kelas tu. so, bincang punya bincang, Ijah dapat plan. plan nya, Ijah jatuh dalam toilet. tapi memang betol-betol Ijah buat-buat jatuh sampai bengkak tangan dia. bodohnya la rase, kan. lepas tu menggelabah la Cikgu pergi hantar ke klinik so kelas petang tu di batalkan. so semua anggap, oh Ijah, kau la hero kami. padahal menda bodoh kan.

ohya, aku juga pemain hoki sekolah rendah dulu. ya, sila percaya. johan lagi tu. aku memang minat hoki pon. sampai sekarang aku minat. cuma tak berpeluang je nak main. bila di ingat semula kenangan sekolah rendah rasa nak tergelak. masa tu rasa hebat sangat la kan. geng aku punya trademark, mesti ada tatu bintang kat pergelangan tangan lukis pakai pen merah. aku tak tau la ape motifnya. siapa yang mulakan dulu pon aku tak tau.


team hoki aku. muahahhaa. jangan cari aku. jangan. aku pon dah tak kenal aku yang mana.


cari aku yang mana. bytheway, asal aku buat jersi macam tu???

yang baju hijau mencangkung kiri sekali tu la Cikgu Razak. dia lah yang kena tipu dengan ijah jatuh toilet tu. dan dia juga coach hoki. cikgu mintak maaf ye. salahkan Ijah. dia punya plan tu. ijah yang pakai topi hujung sekali belah kanan. sekarang dia dah ada 3 orang anak kot. ijah, dulu kau tomboi tapi asal kau berderet anak ni? hahahhhaha. kami masih contact melalui FB

yang cikgu lelaki india pakai topi tu nama dia Sir Murali. ajar English. garang oooo. habit dia menampar kami kalau tak cari makna dalam Melayu then salah jawab latihan yang dia bagi. lama-lama dah jadi terbiasa. pipi dah kebal. kalau dah siap check jawapan, kalau ada yang salah, terus bangun bagi pipi, tak payah tunggu dia panggil. muahahhaaha. tapi sebab dia lah aku suka English. tugas aku call dia tiap petang kalau ada kelas tambahan English. pagi kat sekolah dia akan bagi syiling siap-siap. so aku call la untuk remind kan dia yang dia kena datang ajar kitorang petang tu. kawan-kawan aku ada yang menghasut jangan call. tapi aku sayang lagi kat pipi aku ooo. giler bernanah nanti.

seronok kan bila pikir kenangan sekolah rendah. masa kem motivasi kena tidur sekolah. then kena bagi-bagi kumpulan. aku and the geng dapat satu kumpula. then kena cari nama kumpulan dari sejenis bunga. so ada lah yang pilih mawar la, teratai la. tapi aku and the geng tak main la nama bunga-bunga kampung ni. kami pilih bunga ixora. padahal bunga dia pon aku tak tau bentok camner. hahahaha. asal nama gempak dah la. so kena cari lagu tema kumpulan. nak tau lagu apa kitorang pilih? lagu i'll be missing u nyanyian p.diddy tu. tapi tukar lirik yang ada kena mengena dengan kumpulan ixora. haih. giler nak hebat je.

tapi best kan zaman kanak-kanak. sangat indah untuk dikenang. bila tengok bebudak sekolah sekarang sibuk nak berpakwe/makwe aku jadi heran. aku zaman sekolah takdenye nak minat orang tu, minat orang ni. enjoy je zaman bebudak.  yelah, sebab kau tak comel kan, reena? tak, ni bukan comel atau tak comel. tapi ni pasal zaman betol-betol berubah kan. aku rasa budak zaman sekarang dewasa sebelum usia. terlalu cepat matang.

ada budak kat rumah aku tu tingkatan satu, dua dah bergaduh berebut kan pakwe. pakwenye pulak tingkatan yang sama. aku macam what the heck la kan?

enjoy zaman muda ni adik-adik. jangan la sia-siakan zaman muda, zaman kanak-kanak tu. seronok bila 20 years akan datang, kita sama-sama kenang. betol tak.

ok itu jelah dari ahkak Reena ye.

sekian.

5 comments:

faizal mohd said...

terhibur aku baca entri ko. Ok! aku serius. :) bytheway, mana ko dalam gambar tu??? :P

Reena Kamarudin said...

hahahahah. cari la. aku kecik time sekolah.

Reena Kamarudin said...

btw, thanx pejai selalu komen dan bace blog ntahapehape aku ni :-)

faizal mohd said...

aku suka baca blog ko. walaupon panjang macam karangan tapi kelakar. HaHa.

Reena Kamarudin said...

pejai: panjang mcm karangan? cisss. yela dulu, cikgu rosnah suru aku buat karangan Bm, aku memain. heheheh