Oct 7, 2011

Kerana besarnya erti sebuah persahabatan

Hai.
masa nak turun pergi kedai tadi, entah makhluk mana yang rajin sangat pergi tekan butang lif setiap tingkat di bangunan rumah aku ni. aku kat tingkat 8. so, every tingkat nak ke tingkat 1 tu, lif akan terbukak. jadi aku macam orang bodoh je dalam lif tu. memang sangat sangat sangat memberi erti betul orang yang rajin tu kan. thanks awak. sayanggg awak yang buat macam tu (tangan di dada, mata ke atas)

well, i bet, semua orang at least la mesti ada sorang insan bergelar sahabat dalam hidup dia kan. betol tak? kalau takde sahabat baik pon, sahabat yang datang dan pergi mesti ada kan. sesiapa yang ada sahabat bergelar sahabat baik, tepuk tangan sendiri. ye la, dalam zaman moden ni bukan senang kan nak cari kawan baik yang betol-betol ngam dengan kita.

here are the lists keburukan dan kebaikan berkawan dengan lawan sejenis. i mean, lelaki berkawan baik dengan wanita atau wanita berkawan baik dengan lelaki. ni aku tulis APABILA PEREMPUAN BERKAWAN DENGAN LELAKI.

Kebaikan (kononnya le)

1.  lebih kuat

kalau nak ajak beli barang dapur, ajak lah lelaki. gerenti kau takkan lelah mengangkat beras 10 kg tu. hehehehe. kalau ajak perempuan, kesian kat kawan kau tu. menganiaya namanya tu.


2. tak suka mengumpat

ok. kalau kita rasa nak selamat dari mengumpat, kawan lah dengan lelaki. gerenti kau takkan mengumpat. sebab lelaki kan tak suka perempuan bergosip depan dia. tapi ada je yang layan kepala kau. tapi mostly memang mereka takkan layan apa yang kau ceritakan.


3. penyelamat

kau tak rasa selamat ke bila pergi shopping dengan lelaki? ofkoz la, kita, i mean aku, bukannya artis nak ada orang kejar, mintak otograf segala. but, hey, kita perempuan kan. keselamatan yang paling utama. tapi yang lelaki pulak, bile perempuan dah stat rasa kau tu boleh di harap jangan la jadi seperti pagar. harap kan pagar, pagar makan padi (gaya karam singh walwa). not good ok. kalau perempuan mintak dilindungi, lindungi la dia sebaiknya, jangan di ambil kesempatan di atas kepercayaan mereka tu.


4. jimat duit

hahahhaha. yang ni tak boleh blah sikit. lelaki kan suka tunjuk macho. sori ya para pria sekalian. tu satu pujian apa. TUNJUK MACHO. maknanye korang memang macho. bukan aku tulis buat-buat macho. so, bila keluar memang selalu lelaki akan bayarkan duit makan minum. beli mekdi pon lelaki akan bayarkan. tetapi yang perempuan pon, janganlah kikis habis2 duit lelaki. kalau minggu ni lelaki keluarkan duit, minggu depan kita la pulak. kata kawan kan.


5. tak emosional

bila kau ada masalah dengan Melah la konon. kau rasa nak marah sangat-sangat dekat Melah. Kalau kau mengadu kat kawan lelaki, apa mereka akan buat? selalunya dari pemerhatian dan pengalaman aku, mereka takkan mengapi-apikan kau lagi. tapi mereka akan bagi nasihat dan kata-kata untuk menenangkan kau. cuba kau mengadu kat bestfren kau, si timah tu. apa akan jadi? ajak bergaduh dengan Melah lagi, ada. sebab dah terang-terang kau dengan Timah sehati sejiwa tidor sebantal mandi pergi kerja sama-sama. perempuan kan ada peraturan dalam persahabatn iaitu besfren forever, musuh kau, musuh ku jua. hehehehe


so, macamane dengan keburukan? sebenarnya, dari segi hukum agama (maaf la kalau silap. aku mengaku kekhilafan aku kalau apa aku tulis ni salah), berkawan dengan lelaki ni haram. yup. sebab banyak menjerumus ke arah yang tidak baik. tapi kita masing-masing dah dewasa kan. dah boleh pikir mana yang baik dan mana yang buruk.

keburukan yang lain. yang ni aku selalu jumpa. dan aku pernah mengalaminya. berkawan dengan yang lawan sejenis dengan kita, akan berakhir dengan salah seorangnya mesti ada perasan cinta kat kawan dia tu. betol tak. hey, aku ada pengalaman lah. aku kawan baik dengan sorang ni. tiba-tiba aku tersuka kat dia. kenapa? sebab kalau dah selalu dengan dia, macamane la tak tersuka. but then, aku cepat-cepat block feeling tu. sebab aku dan dia HANYA KAWAN. ingat, hanya kawan. tapi kalau dia pon minat kat kau, nikah je lah wey. buat ape tunggu lagi. huhuhuhu

keburukan yang lain. nama pon lelaki kan. kalau tak bola, kereta. kalau tak kereta, bola. antara dua ni lah. so, jangan la kau nak mengada-ngada ajak dia pergi makan mekdi kalau dia tengah training futsal. nanti dia bagi ceramah 80 jam. so, kawan lah dengan perempuan. sebab perempuan takde masalah dengan bola dan kereta. hehehehe. kawan perempuan bila ajak shopping jarang menolak. menggeletis je nak ikot.

ok. setakat tu je la aku mampu tulis. nak buat meggi jap. lapar teramat.

sekian

2 comments:

faizal mohd said...

err! mane butang like ek? hhihi :P

Reena Kamarudin said...

hahahha. nanti aku buat butang like