Jun 9, 2011

Kerana malamku bergelap


dulu semalam yang aku bergelap sebab tak bayar bil letrik tu, aku tidor pukul 4 pagi. sebab panas satu hal. fikir bukan-bukan satu hal. time tu la pulak budak bujang sebelah rumah dok senyap tak buat bising. selalunya suara dorang je dengar. aish, fikiran ni kalau tak dok memikir boleh tak. time senyap sunyi tu la aku dengar memacam. tapi sebenarnya takde ape pun. cume perasaan je. kalau di layan tu yang menjadi-jadi tu.

semalam aku balik kerja tengok rumah dah ade letrik. terasa nak buat sujud syukur je kat tengah ruang tamu tu. ahaks. aku tak kisah bergelap. tapi rumah aku tu, ya ampon, panas nak mati. padahal banyak lemak dalam badan. kihkihkih.  walau apepon, ianya satu pengalaman yang awesome la. yela, duduk single ni kan macam-macam yang aku belaja. semua tu pengalaman. esok-esok dah kawen, bila laki aku tak bayar bil aku boleh relax je-kita guna lilin je ye bang. gitu.

hidup bujang mengajar aku erti berdikari. Alhamdulillah, aku boleh laluimya dengan tenang. tenang ke? boleh lah. kengkadang kelam kabot gak. jadi lesson nye, jangan biarkan bil api anda tertunggak. bil air tertunggak aku taknak tulis nanti ada yang fikir lain. eh, dah tulis pun.

Sekian.

No comments: