Jun 10, 2011

Kerana KL Gangsters yang sungguh aku tak faham.

Semalam, aku dan member tengok KL Gangster. mula-mula tak plan pun. ianya jadi secara tak dirancang. cewah, skema.

Pada aku, cerita dia 3x lagi ok dari Kongsi tu. Kongsi tu lagi aku tak faham. ke aku yang bengap sangat? KL Gangster ni pada aku terlalu ganas. pada aku lah. pada orang lain tak kot. kesian tengok hero kesayangan aku si Adi Putra tu kena belasah berdarah-darah. tapi dia tetap macho yuuuuu. i like.

  • aku tak faham kenapa kena ade slang cina padahal si shamsul tu bercakap dengan si aaron. si aaron bercakap dengan ridzuan hashim (tiba-tiba aku rasa si pakcik ridzuan ni macho dalam ini cerita. ahaks). sungguh aku tak faham kenapa kena cakap maca kita cakap dengan apek-apek dan nyonya-nyonya jual sayor tu. ke memang stail geng-geng kongsi gelap macam tu? tidak lah ku tau.

  • si shamsul tak sesuai siot jadi gangster. jadi mat belia menangis-nangis sesuai la kot. dah la tatu fake giler. dekat leher pulak tu. dia je yang beria nak expose yang dia gangster. weh, penjahat tamil je beria kalau jadi jahat. si aaron dengan My Adi Putra ok je kot. sempoi je penampilan but still menjadi gangsternye.

  • ok, penyeri cerita ni Si Zizan @ Mael Lambung memang kelaka. ada dia kot filem ni jadi hidup sikit. "gua abang long padil,macam sial,puiii" hahahaha. dialog dia je pon dah kelaka.

  • Corrie Lee jadi jahat memang sentiasa menjadi. memang aku suka la dia dalam filem ni. dia jadi Ketua Gangster nama Dragon. kadang-kadang aku terfikir, entah-entah dia ni memang jahat kat luar pon. tapi jahat-jahat pon pandai menari kan.

  • Aaron Aziz? no komen. tak minat dia. hahaha
Bottom line, ok lah filem ni. tapi pada aku memang aku enjoy la gak sebab........

-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-

-


-


-


-


-

Sebab ada mamat ni. see. pergghhhh. hahahahaha


ok, cukup.
Sekian

No comments: