Apa yang aku tak suka, apa yang menyakitkan hati aku, aku suka tinggalkannya di belakang.
Maksudnya, aku tak suka ingat. Aku akan cuba lupa. Buat macam tiada apa-apa.
Contoh:
Aku takkan stalk fb ex aku sebab aku taknak tengok dia bahagia dengan hidup dia, jika itu boleh buat aku sakit hati. So yes, aku block dulu.
Dan kalau ada sesiapa yang datang menyampaikan cerita-cerita tentang masa lalu aku, aku akan cepat-cepat beritahu, please stop it, aku taknak tahu. Let bygone be bygone.
Sebab aku sakit. Aku taknak tau. Aku taknak ambil peduli. Sebab perkara itu menyakitkan hati aku.
Menikam dada aku dengan parah. Berdarah.
Setelah sekian lama aku cuba untuk pulih, dan aku dapat "hidup" aku semula, kenapa aku perlu sakitkan semula hati aku sendiri.
Dan mungkin kerana inilah aku menjadi pasif. Aku takde kawan di tempat tinggal aku. Aku hanya kemana-mana dengan keluarga.
Aku cuma mahu hidup tanpa bayangan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku.
Walaupun insan itu bawa kenangan manis. Pahit apatah lagi.
Aku nak move on.
2 comments:
insyaallah...pasti boleh...
semoga ceria2 selalu :)
selamat hari raya :)
Semoga berjaya...hanya masa je yang mampu mengubat hati =)
Post a Comment