Dec 4, 2015

Ok, ini baru cerita penuh

Assalamualaikum w.b.t

Phewwww. 
November penuh dengan kesibukan duniawi.
Dua minggu keluar outstation walaupun satu tempat tu takdelah jauh mana.
Hanya ke Janda Baik. Namun begitu, aku tidaklah pernah ke Janda Baik itu walaupun aku anak jati Karak, Pahang dan setiap minggu berulang alik ke Karak lalu Genting Sempah, pun masih tidak berkesempatan untuk ke sana.
Ini semua salah cikgu tadika aku sebab tak buat hari keluarga di Pulau Santap, Janda Baik masa aku sekolah tadika dedolu.
Kalau dia buat, mesti aku dah lepas ke sana sedari kecil lagi kau dah kenapa ayat skema semacam.

Aku ke sana pada hmm kejap tengok kalendar.
Ok. Pada 18-20 November 2015.
3 hari lah engkau.
Stay at Cherengin Hills Convention Spa & Resort nun di atas bukit sana.
What a life. Yelah, mokcik kan suka sesejuk tetapi tidaklah sesejuk hingga bergetar tulang rusuk. KIHKIH.
Tapi kau, pagi-pagi bangun memang kabus sesaja. Cantik. Terkagum kagum aku.


alaa kita google je gambar ni sebab lupa nak snap tapi tempat ni 
memang cun depan hotel ni je. ni macam tempat untuk chill chill fun fun 
relaks and maybe untuk aktiviti bbq sambil karoke. entah aku agak je.
manalah aku tau. bukan aku punya pun tempat ni.
yang ni pun kita google juga sebab nak bagitau korang yang kita suka bumbung dia.


cafe. open. best.  pun google hikssss
pun google hehee
Ok.
Gambar di bawah kurang memuaskan sebab gambar dari IG.
KAHKAH. Dasar pemalas sangat dah.
Maafkan aku, ya.

View from bilik aku.
Masuk masuk je bilik, selak langsir terus nampak kolam itu.
Malangnya, kolam itu terlalu dalam untuk aku HAHA. Kalau aku masuk konfem lemas sebab melepasi kepala. Oh sedihnya. Eh tetapi, aku tanpa malunya pergi berendam di kolam untuk kanak-kanak yang airnya cuma paras betis aku je. Takpelah, janji ada.




To be honest, makanan kat sini memang sedap. Bila aku kata sedap, maknanya sedap.
Tu kek dia tu, perghhh berulang aku ambil manalah tak _________ (isi sendiri)


Malam tu after selesai program jabatan, aku cuma lepak di lobi, guna wifi, berbual dengan kengkawan opis merapu bergelak ketawa macam dunia ana yang punya sambil pekena kopilih dia dari aku pahit dan sandwich wah terasa macam wanita kaya raya sedang bincang bisnes bilion bilion.
Time tu pulak hujan. Perghhh.
Lobi pulak masa tu tengah berkumandang muzik instrumental.
Lagilah menusuk kalbu suasana. Dengan cahaya yang suram.
Yang takde cuma cinta hati je. KAHHHH.


Yang belah sana tu kolam dewasa yang dalam tu yang aku tak lepas mandi tu. Yang belah sini tulah kolam kanak-kanak yang aku mandi tu. Pulak tu mandi sekali dengan cucu Dato' (ketua jabatan) aku yang berumur tak sampai 2 tahun. Oklah ada geng.








Hujan je kat Negeri Pahang ni. Suasana pun kelam suram sejuk dan dingin.
20hb Jumaat after Jumaat Prayer gerak balik.
Aku berhenti kat Genting Sempah dan abah ambil di sana.

ok done Janda Baik.
Kesimpulannya aku suka Janda Baik. Sebab dia cantik.

On Monday, 23hb aku dapat tahu aku diarahkan untuk menjadi urus setia mesyuarat di Desaru Johor. Mula-mula rasa berat hati, yelah, baru sangat lagi aku balik dari Janda Baik 3 hari. Dah nak kena tinggalkan opis semula. Bertolak 25hb.
So aku pun pergi jelah. Salah satu sebabnya adalah, aku suka Johor.
Aku suka Melaka dan Johor.






Tunggu buggy datang jemput sebab bilik jauh.
Buggy tu kenderaan rasmi aku kat sini.








Sebelum pergi sini, aku dah google dah dulu camne rupa bilik.
So that aku takdelah takut sangat.
Yelah. Tidor sensorang. Aku ni penakutnya bolehlah tahan.
Haaa engkau.
Siang bestlah sensorang dalam bilik. Bebas. Boleh buat apa saja. Boleh pakai apa saja atau tak pakai langsung MUAHAHAHAHA.
Tapi kau time malam, time nak tidor tu, memanglah mengundang betul. Stail aku kalau tidor sensorang tak kiralah kat rumah sendiri ke kat hotel ke, aku akan pasang tv. Tak kisahlah tv berapa, tapi kalau Oasis atau Hijrah lagi bagus.
Aku akan pasang 24 jam non-stop. Macam ni jugalah aku buat kat Desaru ni.
Start aku masuk bilik je, aku terus on.
Katil nak tidor tingkat atas. Ahhhh tak kira, aku on kan juga.
Dapat dengar suara pun jadilah.
Jadinya, malam pertama tu aku pun naik atas untuk mandi dan tidor.
Habis program around 11 pm so balik bilik la kan.
Mandi segala.
Rebahkan badan atas katil dan cuba untu lelap.
Tv terpasang ni.
Kuat gila volume dia. HAHA.

Entah masa bila aku tertidor aku pun tak sure, aku terjaga around 2 a.m.
Senyap. Sunyi. Dah takde bunyi tv dah.
Ah sudah.
Itu jam jugalah aku dengar bunyi orang pijak tangga kayu tu. Itu jam jugalah aku rasa macam ada benda memerhati.
Tapi otak aku ni time macam tu bagus sangat.
Terus tune "oh bunyi tangga tu bunyi bilik sebelah kot"
"yang memerhati tu perasaan aku je ni. ish takde menda lah"
Gitu.

Bilik sebelah abang opis aku. So aku fikir hmm dia lah tu berjalan sana sini.
Tapi ya.
Sebenarnya perasaan je.
Terus aku buka Surah Surah yang ada dalam henfon.
Nak turun bawah tengok kenapa tv senyap memang taklah kan.
Masa bila aku terlelap sedar dah pukul 6.
Dah siap semua, aku turun bawah, aku tengok tv pegun. Gambar ada tapi pegun tak bergerak. Takde suara.
Berhuhuhu jelah aku di situ.

Hari kedua was hectic.
Banyak jugak program.
Tapi program utama mandi waterpark KAHHHHHH.
Tapi sekejap je. Sebab air dia macam kotor.
Masa mula masuk dalam air tak ingat menda. Sibuk uuuu sana uuuu sini.
Sekali tengah syok, datang keinsafan "what if bebudak reramai ni memang dah kencing dalam ni"
HUHUHU.
Terus aku keluar dari kolam dan bilas badan.




Aku duduk tunggu bawah ni je. Bila dah penuh dia akan melimpahkan airnya.
Macam nak patah tengkuk time air tu curah.
Tapi syok ahhh. Dan aku tunggu lagi untuk kali kedua ketiga. 
Takde kerja.
(pic google)

Ni bukan waterpark, ni just pool dia. Waterpark belakang bilik aku je.
Yang lain mandi sini, lelaki-lelaki semua mandi sini. Sekali kena halau sebab pakai seluar trek.
Khabarnya diorang keluar sekejap dari pool. Tapi bila si Tukang Halau dah takde, diorang masuk semula dan berendam sampai puas. Dasar degil. HAHA.




Bangun hari kedua, sebeluma sukaneka, lepak tepi pantai dulu.
Nice kan.
I just love beach. Tapi dalam pada suka ada juga takutnya. Tsunami.
Tapi takdelah. Bila dah tengok ni, hilang semua takut.


Melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau.
Aku ni suka muzium.
Tapi mula mula tau kena pergi sini, aku macam alaaaaa why nelayan? aku taknak tengok pancing sampan semua. That was my first thought la.
Then, taraaaa bila masuk je rasa macam whoaaaa cool, ok, best suka.





Kelambu zaman dulu-dulu.
Rumah nenek dulu ada.




Semua ni aku pernah tengok sebab dulu kat rumah nenek ada menda ni.



Keluar muzium terus pergi depan laut.
Angin dia kuatnya Tuhan je yang tau.
Sampai terbang terbang tudung aku.
Setiap masa kena pegang.




Ok nak balik dah. Ambil pic pintu dan berambus hahahaha.
Tak sabar nak balik rumah dan rehat.

Dalam bas sepanjang balik aku tidor je. Kejap jaga kejap tidor.

Pada aku, oklah Lotus Desaru tu.
Takdelah ok sangat. But ok lah. 
Faham ke tak?
Tak faham lantak korang lah.
Bye.

.

1 comment:

Cikna said...

Cikna duk Pahang ni pun xsampai lg ke sana.... Perangai kita sama klu g mna2 klu sowang2 tido mlm msti bkn tv, klu radio tu mcm takut plak,huhuu...