Oct 23, 2015

Sebak. Selamat Hari Lahir, abang.

Assalamualaikum.


1.

Hari ini mood adalah sangat sebak. 
Bergenang je airmata daripada tadi. Sebab hari ini adalah hari lahir abang aku. The one and only abang yang aku ada.

23 Oktober 1982, adalah hari yang paling bahagia buat ibu dan abah kerana cahaya mata yang ditunggu selama 9 bulan, akhirnya selamat lahir ke dunia. Abang ditatang bagai minyak yang penuh. Penuh gambar dia je dalam album. Gambar meniarap, gambar berdiri, gambar sambut birthday, gambar tersengih, gambar masam, semua ada. So, dari situ aku dah tau, memang dia menjadi kesayangan semua orang termasuk makcik pakcik aku.

Membesar sebagai kanak-kanak yang tidak banyak kerenah. Sangat rapat dengan ibu. Normal sebagai anak lelaki, kurang bercakap dengan abah. Bercakap perkara yang perlu saja.

Allah.
Kenapa hari ini kerinduan itu berganda-ganda.

05 September 2009, selepas 27 tahun dipinjamkan oleh Allah kepada ibu abah, dia pulang semula kepangkuan DIA yang lebih berhak.

Maka terputuslah perkara duniawi.

Tapi aku dengan adik-adik selalu cakap, alaaa abang pergi kerja nanti-nanti dia baliklah.
Cakap macam tu bukan tak dapat terima kenyataan tau.
Cuma nak rasa yang dia sentiasa dekat dengan kami.

Abang, damailah kau di sana.
Kau harus tahu, aku rindu kau sangat sangat sangat.



2.

Oleh kerana mood sangat tak menentu, so hari ini aku banyak berdiam. Nak bercakap pun malas hahaha. Itu yang ambil keputusan untuk taip blog ni. Pakai pulak attire hitam, lagilah nampak macam ahli sihir.


3.

Oklah. Nak nangis kejap. Sambil selubung kepala dengan selendang. Hahahaha.

.

1 comment:

Cikna said...

Salam takziah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg b'iman...