Jun 24, 2014

Kerana entri berkecamuk jiwa namanya

Aku patut bagitau benda ni hari tu lagi.
Tapi rasa macam hmm biarlah dulu.
Biar satu jiwa yang aku sayang tu reda dulu.

Jiwa bernama--Farah Raihana.

Pada hujung Mei baru-baru ni mak farah, Puan Mastura telah pun kembali menemui pencipta-NYA.
aku ada tulis dalam entri sebelum pasal mak dia sedang melawan kanser.
Tapi Allah lagi sayangkan arwah.

Aku tak boleh nak tulis detail.
Biarlah aku simpan untuk Farah.
Dia masih belum kuat untuk bercerita di blognya.

Pagi tadi dalam pukul 3.30 pagi, dia whatsapp aku.
Bercerita tentang rindunya dia pada arwah.
Allah.
Maybe aku hilang seorang abang.
Maybe rasa kehilangan tu sedikit lain.
Tapi aku tetap faham perasaan dia.
Huhuhu.

Dan aku tau farah tu kuat.
Maunya tak kuat.
Gelak macam giant kot.
Tapi sekuat manalah wanita ni kan bila kehilangan orang tersayang, rebah juga.
Lebih-lebih lagi hilang mak.

Al-Fatihah untuk Puan Mastura.

Ok.
Aku kursus vokal untuk tiga hari start semalam.
Ni untuk koir jabatan aku.
I tell you haa, bukan senang ok nak jadi penyanyi.
Hahaha.
Kita asyik dok kutuk budak AF tapi memang dorang nyanyi tak sedap pun tapi aku pun nyanyi tak sedap.
My gosh.
Susah kot belajar lagu baru.
Rasa macam arrghhhhh.
Ada hikmahnya kenapa abah tak bagi aku dan adik-adik set up group dulu hahaha boddooo punya cita-cita ko ingat ko cantik??

Serius weh. Payah.

Nasib baik lah untuk koir.
Kalau tak, kirim salam pakai talam la aku nak belajar.

Sampai takde suara aku.
Range suara aku setelah di test oleh cikgu vokal adalah suara soprano.
Kau ada? Haha.
Tapi bila nyanyi aku cam konpius eh ni nak buat suara soprano ke or suara jantan biasa?
Last-last aku tibai je haha.
Asyik haha je ko ingat ko kelakar?

Ok.
Disaat entri ni ditaip kawan baik aku yang sorang lagi tu, Tqah tengah tunggu nak operate bersalin.
Semoga dipermudahkan.
Ni tengah layan whatsapp dia la ni sekali dengan farah.
Cerita pasal world cup.
Ntah pape nak beranak cerita pasal world cup.
Yelah.
Dia kan sokong Spain dari dulu sebab Morientes.
Tahun ni abang ientes dia dah tak main so dia kata dia dah tak ambil peduli.
Cey, padahal malu leteww Spain balik awaii.

Nampak tak?
Entri kali ni banyak emosi.
Ada sedih.
Ada bengang sebab bengap menyanyi.
Ada gembira.

Saya sayang diri saya, family saya dan kawan-kawan saya.
Tetiba.

.

No comments: