Mar 2, 2014

Kerana indah sangat zaman dulu kan?

Semua dah tidur.
Aku je yang terkebil-kebil baring atas katil sambil dengar lagu korea.
Haish.
Minat sungguh dah aku pada korea.
Sebenarnya aku lapar.
Tapi nak makan takut tambah lemak.
Acanner tu.

Bila sensorang gini mulalah aku teringat zaman silam.
Sebenarnya best je nak ingat.
Zaman dengan adik-adik aku lah.

Dulu kami bertiga---aku, farah dan syera kitorang tidur satu bilik.
Dalam bilik ada radio.
So setiap malam memang pasang radio hitz.fm.
Ha engkau jarang kami layan lagu melayu. Omputih memanjang.
Cuma adalah terkadang layan citra cinta hekhekhek.

Lepas tu dunia kami memang banyak dalam bilik.
Kami suka tulis diari.
So memasing meniarap tulis diari.
Lepastu sorok sebab memasing tak boleh dipercayai hahaha.

Kalau borak memasing taknak kalah.
Sembang lebat je.
Tak boleh kurang sikit.
Dalam bilik itulah kami bercerita pasal segala-galanya termasuk hal hal masa depan.
Masa tu tak silap telefon takde lagi.

Lepas tu rasa bosan, kami hias bilik pulak.
Kau tau kan lampu kalimantang panjang tu?
Bosan kan warnanya putih je.
Kami rajin pi beli plastik bewarna merah ala yang buat balut hamper tu la. So kami balut lampu tu. Jadilah bilik kami kaler merah.
Memang cantik sangat.
Tapi sakit matalah nak baca buku atau tulis diari.

Lepas tu kami beli bintang bulan glow in the dark.
Nak tampal atas siling tak sampai.
So guna batang mop.
Gigih kan.

Aku masih ingat.
Hobi farah dan syera tulis nama pakwe kat bantal hahahaa.
Aku? Aku tulis dalam diari hati je hahahaktuiiih.

Lepas tu bila lagu best keluar memang kami nyanyi stok jiran boleh stress dengar.
Kena sound dengan abah senyap jap.
Lepas tu bising semula.
Siap menari lagi.
Main mekap mekap.
Tampal poster artis kesukaan selalunya boyband.
backstreetboys la westlife la.
Paling hot David Beckham.

Bilik kami kawasan larangan.
Adik bongsu faeez tak boleh masuk.
Sebab dia kecik lagi.
Kesian dia time tu dok intai-intai je.
Sekarang kemain pakai langgar je.
Aku pulak yang suka lepak bilik dia sekarang. Hihihi.

Selalu bila borak, cerita pasal pakwe. Lelaki hot. Lelaki tak hot. Artis. Hahaha.
Adalah a few budak lelaki yang selalu jadi topik hangat.
Tapi aku lupa siapa.
Pakwe farah dan syera la tu.

Main nama buah binatang.
Main word puzzle.
Teka nama lagu.
Buat karekter orang sekeliling dan teka siapakah dia.
Masa tu kreatif sangat nak cipta permainan.
Main toyol pun best.

Rasanya sekarang sebab ada smartphone kan.
Aku rasa kalau dulu kami ada smartphone kami takkan serapat itu.
Mesti masing-masing dok ngadap henfon je.
Macam aku dengan farah la.
Dulu kalau lepak kedai makan ada je benda nak borak.
Tak seminit diam.
Sekarang? Toksah la.
Tangan asyik ke henfon je.
Aku dan dia sama je naik.
Kat rumah pun sama.

Contoh.
Ayat farah.

"eh kau tau tak running man episod ni kan kwang so kelakar gila"

Aku pun pandang dia sebab tertarik dengan topik dia.

Aku jawab.

"yeke eh nanti aku nak tengok lah"

Dan diam.
Mata pandang henfon semula.
Bosan!!!
Tapi itulah realiti sekarang kan.

Seronoknya time tu.
Impian kami bertiga sama.
Nak duduk atas bukit menghadap laut waktu malam ada bulan terang lepas tu ada dolphin lompat lompat hahaha.
Very the omputih kan.
Oklah. Kalau takde dolphin pun takpe.
Janji suasana dia macam tu.
Sampai sekarang masih simpan impian tu.
Awas! Jangan tiru.

Lepas tu berangan.
Segala barang dalam bilik tu jangan buang. Termasuk radio buruk.
Sebab nanti bila jadi artis semua tu mahal semua orang nak beli hahahah.
Memang kami berangan nak jadi artis pun.
Hahahaha.
Siap minta izin abah. Lepas tu abah kata abah tak izinkan. Hahaha.
Abah pun satu layankan permintaan kami.
Padahal dia tau celah mana lah kami nak mulakan langkah sebagai artis tu.
Hahaha.

Satgi putus cinta.
Dalam bilik tu juga nangis.
Tulis diari sambil bejurai air mata.
Poyo nak meninggal.
Konon-konon rasa macam dalam video klip la.

Masing-masing ada bantal busuk.
Mulalah main tekup tekup bantal busuk ke muka yang lain.
Paling win bantal busuk syera.

Rindulah semua tu.
Macam payah sangat nak ulang kan.
Sebab memasing dah ada life.
Ikatan kami rapat sangat.
Walaupun gaduh gaduh tu alaaa biasalah tu kan.
Kata adik beradik.

Ok.
Nanti aku cerita lagi.
Serius aku lapar.
Nak duduk berteleku kat dapur pikir nak makan ke tak.

Bye.

.

3 comments:

diana aziz said...

Teringat pulak nostalgia dulu2. tapi sy xde adik pmpn. berangan2 dgn adik laki je. pnh 1 mlm sy ckp kat adik sy,

"Chik, jap g doa k.ngah dpt kahwin dgn org kaya. Nanti k.ngah blh tlg family kite... beli rumah bsr, kereta bsr.."

Adik jawab, "ok..."

Tu je dia jwb.. harmmss sgt kan.. haha... tp sampai ke sdh k.ngah tak kawin2. acaner tu?

Reena Kamarudin said...

hahahaha. impian nak kawen dgn orang kaya tu sampai sekarang hahah tak pernah berubah.

sekarang tinggal adik bongsu lelaki kat rumah. bila balik karak rasa sunyi sebab adik lelaki kan, tau jelah camne huhuhu

fifa alya said...

haha..cerita dulu2 mmg x bole blah kn kak reena..msti ada diari yang bole kunci tuh..pkat smbunyi kunci..last2 hilang mcm tu jaa..hahaa..

http://blackmakesweet.blogspot.com/?m=0