Oct 29, 2013

Kerana aku masih hidup tau :p

well.
aku masih hidup tau hahaha. cuma blog saja macam nak mati.
tapi sebenarnya aku sayang blog ni.
yelah. blog ni la medium aku share kisah hidup aku.
kau ingat aku ni open sangat ke nak share apa-apa pasal aku.
dan aku ingat, korang nak sangat ke baca tentang aku. hihihi.

tentang hidup.
hidup ok je.
cuma biasalah kita manusia biasa, kan. takkan lari daripada masalah.
here and there.
tapi semuanya sepintas lalu saja. takpayah pikir sangat.

tentang kerja.
aku memang nak sangat bertukar ke bentong.
sebab senang dekat dengan ibu abah. bukan sebab tak boleh berenggang.
tapi sebab ada sebab peribadi. they need me.
kerja di sini memang seronok. lagi seronok sebab kengkawan opis semua sekepala.
adalah terkadang isu tapi keseronokkan tu mengatasi isu tersebut.
ada aje plan dalam kepala otak nak buat jahat. buat nakal.
selalunya bila time nak keluar makan hahaha. macam perompak pun ada.

aku dah berangan kalau aku dapat tukar pahang.
bangun pagi dengan senangnya.
bersiap. masuk opis 8.30
suasana pagi ke bentong. perjalanan yang nyaman.
lepas tu balik kerja 5.30 boleh singgah keda-kedai di bentong/karak.
lepak mamak dengan kengkawan. macam ramai kawan. mihmihmih.

walaupun karak kecik, bentong bukan bandar besar, tapi aku rasa jiwa aku terisi.
di sana family aku, jiwa, perasaan, semua ada sana.

sini, putrajaya ni, bandar besar, cantik landskap semua lengkap.
but part of me is empty.
balik kerja, pergi kerja, jimba dengan kengkawan.
but still kosong.

tu kang, adalah yang kata "kawen lah reena"

bak mai jodoh sekati, time tu juga aku kawen.

hamboi.

lambat sangat JPA nak approve pertukaran aku.
tapi itulah, aku bayangkan juga, kalau dapat, nak ke aku balik pahang.
nak ke aku tinggalkan semua kat sini.
4 tahun di sini, dah serasi sangat.
macam-macam benda aku dah buat. yang kelakar, yang sedih, yang happy, yang havoc semua dah.

aku pernah balik kerja, beli tiket wayang tengok wayang sensorang.
sebab masa tu rasa nak sendirian. kemain kan.
paling best, balik kerja, ambil ERL ke KL sentral, pastu ambil LRT ke KLCC duduk lepak taman air pancut tu sampai pukul 10. sensorang.
lepas tu cuak sebab takut hihihi.
lama dah tak buat perangai macam tu.

seronok.
tapi bila duduk sini, hati asyik risau family di kampung.

aku akui, jadi kakak sulung susah sangat.
kadang-kadang tak tergalas.

tentang macam-macam.
dalam dunia fb memang bermacam ragam.
aku pun ada ragam aku dalam fb huhuhu.
ada yang menghiburkan, ada yang macam kau dah kenapa.
tapi ada satu yang terpaling aku benci.

contoh satu.

Limah tulis status

"hidup ini umpama roda"

kemudian Jemah balas

"weh nasi lemak pak abu sedap kot"

*krik krik*

kalau takde perkara yang baik/ yang menyenangkan untuk di balas, jangan balas.
biar saja status Limah tu di situ.
Limah menulis sebab itu yang ada dalam fikiran dia.
mungkin jiwa dia tengah kacau haha.

kalau tak tau nak balas apa pun kat status Limah tu atleast pikirlah ayat macam

"ya, betul" / "setuju" / "ye Limah, betullah sangatlah tu"

then Limah akan balas pula seperti "kan? memang roda sangat hidup ini"

then barulah Jemah chill kan perasaan Limah

"weh, jangan sedih sangat ya. kita happy-happy nak. jum lah pekena nasi lemak pak abu. sedap. aku belanja kau"

nak sangat bagitau nasi lemak pak abu sedap, kan?
ha, bagitau lah.

hahaha.

lama tak makan nasi lemak pak abu tingkat 7.
dah lama dia tak jual.
sedap kot nasi lemak dia walaupun kecik ala-ala nasi lemak 50sen.
tapi sambal dia, perghhhh.
eh, sempat.

contoh dua.

Azman up status

"kawan-kawan, mak aku telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. semoga roh mak aku dicucuri rahmat :("

(tapi gagah jugak la ye azman ni boleh taip status untuk hantar ke fb di saat macam tu)

tapi yela, niat dia nak war-warkan kepada rakan-rakan.

then ada balasan

Jalil balas

"bro, chill ok. alfatihah untuk mak kau"

chill ok??
chill??
are you serious?
kau suruh orang chill?
saat azman kematian mak tengah bersedih, kau suruh chill.

amarika sangat.

mungkin niat dia cuma nak menenangkan azman tapi ayat dia tak seswai.

chill itu sesuai untuk status macam

"aku clash dengan awek aku setelah seminggu kapel. mama, papa rindu nak kiss mama"

jawablah chill.
aku cili, nak?





balik kampung arwah nenek dan atuk ahad lepas.
mengimbau kenangan zaman kecik.
di sini lah, di jalan ini lah, aku selalu tunggu benggali jual roti lalu.
pukul 3 lebih je mesti tunggu.
lepas tu jerit, stoppppppppppppppppp.
nenek pun bagi duit.
roti krim ada coklat rice.
sedapnya.

pinjam pic ya http://decochoco.blogspot.com/2010/12/roti-krim.html
ha. lebih kurang macam ni.

ok.
tarik nafas.
2013 akan tamat. 2014 akan tiba.

adalah a few azam, kan.

tapi itu nanti la.

till then bye.




1 comment:

Lee said...

Hello Reena, this coming to you from Canada. I love your name, its beautiful.
Bahasa saya sebelum Merdeka, da out of tune, but boleh la faham 35% and enjoyed reading your this lively, interesting posting.
Ha ha, Saya suka tu, "chilli nak"?
When I was young my mom used to say that if I say something naughty.

I love the pics here and the pics are really beautiful. Love the colours....and you have a cute baby there. Nice blouse you have too.
Dimana kampong ni? Looks like a really nice place, clean and well kept.
You have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.